Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Sabtu, 7 Januari 2017

PERJUMPAAN PERTAMA 2017!

Tarikh : 07/01/2017 (Sabtu)
Masa : 08.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMK KGV
Pengakap Bertugas : Ahmad Hazim
Pemimpin Bertugas : Tuan Aziz Wahab

Buat julung kalinya, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur (PPM01ST) Negeri Sembilan telah mengadakan perjumpaan mingguan pada hari Sabtu. Perjumpaan ini juga merupakan perjumpaan sulung PPM01ST untuk tahun 2017.

Perjumpaan dimulakan pada jam 08.30 pagi dengan Istiadat Pagi oleh Pengakap Bertugas Ahmad Hazim, petugas bendera Naqiuddin Q, pembaca persetiaan oleh Puteri Noriman dan pembaca doa oleh Mohd Azib. Pemimpin bertugas adalah Tuan Aziz Wahab.



Dalam ucapan beliau, Tuan Aziz Wahab mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli yang hadir pada pagi ini. Antara yang disentuh dalam ucapan beliau adalah pakaian seragam Pengakap, ujian lencana ekspedisi pada penghujung bulan Januari 2017 dan juga kem pra-pentarafan yang bakal diadakan pada bulan Februari 2017.

Selepas itu, latihan kawad telah dijalankan dimana ahli-ahli telah diajar dengan kawad statik dan kawad dinamik yang merangkumi tukar langkah, belok dan pusing semasa berjalan.

Pada jam 10.00 pagi rehat telah diberikan selama 30 minit. Ahli yang hadir mengambil kesempatan ini untuk memakan juadah yang telah dibawa bersama.

Pada jam 10.30 pagi, semua ahli diarahkan masuk ke dalam kelas dimana penerangan lanjut mengenai 'Program Ke Arah Pengakap Raja SMK KGV 2020' telah diberikan. Turut diterangkan kaedah-kaedah bagaimana untuk membuat buku log. 


Sekitar jam 11.30 pagi, ahli-ahli telah diajar lagu 'oh eppo' dan 'ulat bulu'. Turut diajar permainan 'kluk kluk'.

Sebelum bersurai, pemimpin bertugas telah mengingatkan agar 'papan kenyataan' PPM01ST yang terletak di blok tingkatan 5 dikemaskini agar dapat memberikan informasi berkaitan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Pemimpin juga turut memperkenalkan ahli jawatankuasa (AJK) PPM01ST 2017. 

Semua ahli bersurai pada jam 12.00 tengahari setelah istiadat menurunkan bendera oleh Naqiuddin Q dan Syafa yang menyerahkan bendera kepada Ahmad Hazim dan diserahkan kepada Tuan Aziz Wahab.