Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

BERPENGAKAP

Pengakap adalah merupakan sebuah atau satu pergerakan atau pertubuhan sukarela yang tertua di dunia. Ia juga sesuai dianggotai oleh semua peringkat umur dari peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat orang tua. PPM01ST


APA ITU BERPENGAKAP?

Pengakap dan berpengakap dua rangkap kata yang mempunyai makna berasingan. Pengakap adalah seperti yang dijelaskan di atas iaitu sebuah pergerakan atau pertubuhan sukarela manakala berpengakap bermaksud kita yang terlibat di dalam pergerakan pengakap.PPM01ST


MATLAMAT BERPENGAKAP?

Ada beberapa sudut yang patut kita lihat dan maksudnya iaitu apa matlamat kita berpengakap dan apa wawasan kita melibatkan diri di dalam pengakap. Mari kita lihat apa yang ditulis oleh pengasas pergerakan pengakap, B.P. dalam bukunya iaitu ‘Scouting For Boys’ di dalam ‘Cerita Unggun Api No.1- Apa Itu Pengakap?’.PPM01ST

“Saya percaya setiap budak lelaki mahu membantu negaranya dengan apajua cara yang boleh. Ada satu cara yang senang sekali berbuat demikian iaitu dengan menjadi seorang Budak Pengakap.

“Seperti yang kamu tahu, seorang pengakap dalam tentera biasanya seorang askar yang dipilih kerana kepintaran dan ke-beraniannya pergi mencari di mana musuh berada dan melaporkannya kepada ketuanya.PPM01ST

“Tetapi, selain daripada pengakap dalam masa peperangan, ada juga pengakap dalam masa aman, iaitu orang-orang menjalankan kerja masing-masing yang juga mesti berani dan pintar.”

Ada dua matlamat yang diselitkan di dalam petikan cerita di atas tadi iaitu apa sumbangan seorang warganegara kepada negaranya dan setiap warganegara mestilah mempunyai keberanian serta kepintaran.


TUJUAN BERPENGAKAP?PPM01ST

Berpengakap bermaksud kita melibatkan diri di dalam pergerakan atau pertubuhan pengakap. Di dalam pergerakan pengakap kita akan melibatkan diri kita sama ada di dalam pasukan yang ditaja atau terbuka.

Walaupun demikian matlamatnya adalah sama seperti:-
  • Untuk menggalakkan pembentukan jasmani, akal, social dan rohani anak-anak muda supaya mereka dapat melibatkan diri dalam pembangunan masyarakatnya.
  • Menyediakan suatu rancangan latihan yang progresif, menggembirakan dan menarik, yang berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang dan berpandukan kepada kepimpinan dewasa.
  • Prinsip serta amalan adalah berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang yang diterima secara sukarela oleh setiap individu yang berminat untuk melibatkan diri di dalam berpengakap.
  • Berpengakap itu adalah satu permainan yang berbeza dengan permainan yang lain. Permainan yang bukan menentukan yang menang dan yang kalah.
  • Anugerah Pengakap Raja dicipta untuk menguji ketabahan, kepintaran dan membuktikan kebolehan seseorang pengakap dengan menujukkan taraf tanggungjawab dan kepimpinannya.
  • Sistem latihannya telah disesuaikan mengikut peringkat umur ahli dan kematangan masing-masing menerusi didikan berdasarkan unit-unit tertentu seperti Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan seterusnya.
  • Seorang Pengakap boleh berusaha dan melayakkan diri bagi Lencana Keahlian untuk mamasuki ke Bahagian Pengakap Kelana.

WAWASAN DALAM BERPENGAKAP?

Dengan melibatkan diri di dalam pergerakan pengakap, kita dapat memberikan sumbangan kepada negara, di samping kita juga harus mempunyai sifat keberanian dan kepintaran. Di dalam berpengakap ini hendaklah secara sukarela dan tidak terdapat perbezaan tentang penerimaan kemasukkan ahli bagi sesuatu sebab, bangsa, kepercayaan, agama atau golongan.PPM01ST


MISI PENGAKAP?

Adalah untuk menyumbang kearah pendidikan golongan remaja, melalui sistem nilai yang berasas kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dalam membantu pembinaan sebuah dunia yang lebih baik di mana umat mendapat kepuasan diri sebagai individu dan memainkan peranan membina dalam masyarakat.PPM01ST


PERINGKAT PENGAKAP?

Terdapat lima peringkat dalam pengakap didalam Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)

Pengakap Kanak Kanak - ahli ahli yang berumur antara 8 hingga 12 tahun
Pengakap Muda - ahli ahli yang berumur antara 13 hingga 15 tahun
Pengakap Remaja - ahli ahli yang berumur antara 16 hingga 17 tahun.
Pengakap Kelana - ahli ahli yang berumur antara 18-40 tahun.PPM01ST
Pengakap Raja - ahli ahli yang telah mengikuti Pentarafan Pengakap Raja dan dianugerahkan Sijil Pengakap Raja yang ditandatangani oleh SPB Yang Di Pertuan Agong serta 9 Sultan Sultan Melayu


KESIMPULAN BERPENGAKAP?
  • Melatih seorang warganegara untuk mencintai negaranya dan masyarakat.
  • Melatih seorang warganegara untuk menjadi seorang yang pintar di samping mempunyai ciri-ciri keberanian dan mampu mengembangkan serta mampu berdikari.
  • Melatih seorang warganegara untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi peraturan mengikut undang-undang.
  • Melatih seorang warganegara supaya mempunyai sikap terbuka dan sentiasa bersedia untuk menolong orang, tidak bersikap angkuh dan mementingkan diri sendiri.
  • Melatih seorang warganegara untuk menjadi seorang yang berguna, gigih, tahan lasak, prihatin dan mempunyai wawasan untuk kepentingan umum.

Berpengakap pada kesimpulannya ialah bermaksud kita sebagai individu melibatkan diri di dalam pergerakan atau pertubuhan sukarela.PPM01ST

Tujuan kita melibatkan diri tersebut bukanlah bertujuan untuk kepentingan individu atau untuk menonjolkan diri.

Kita mempunyai sikap yang tidak selaras dengan pergerakan atau pertubuhan sukarela misalnya kita beranggapan hanya kitalah orang yang paling baik atau kitalah orang yang paling berkuasa dan sebagainya.PPM01ST

Sedangkan pada hakikatnya apa yang kita buat itu adalah merupakan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan pihak-pihak yang lain tidak menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada individu itu sendiri malahan kepada pergerakan di mana kita melibatkan diri di dalamnya.