Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

LANGKAH KESELAMATAN BERENANG

Keselamatan di dalam air memupuk pemahaman tentang keselamatan semasa di dalam dan berhampiran dengan air. Ini merupakan salah satu aspek penting dalam acara renang di dalam Kurikulum Kebangsaan Britain, yang mana sebahagian daripadanya boleh diajar di rumah atau di kelas di luar persekitaran kolam renang.

Latihan mengenai keselamatan boleh dimulakan sebelum lawatan pertama ke kolam renang sekiranya kanak-kanak itu tahu memahami prinsip-prinsip. Pendekatan mengenai perkara ini boleh dilakukan dengan meransang minat dan cabaran kepada kanak-kanak itu, memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan imaginasi mereka ketika berada dalam situasi merbahaya. 

Prinsip-prinsip berkaitan keselamatan dalam air boleh diperkuat lagi pada bila-bila masa ketika kanak-kanak berada di sekitar perairan atau apabila program di televisyen memaparkan beberapa aktiviti akuatik.

Disamping itu, kaedah bantu mula juga adalah amat dititikberatkan untuk memastikan bahaya yang berlaku dapat dikurangkan seperti kelemasan ketika menjalani aktiviti renang. Kaedah CPR adalah kaedah yang terbaik untuk memberi bantuan awal sekiranya ada individu yang lemas dalam air. 


CARA-CARA BERENANG





PERATURAN KESELAMATAN DI DALAM AIR
1. Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada orang dewasa atau guru yang mengajar renang yang boleh berenang dan mahir dalam memberi bantu mula bersama anda.

2. Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang, pusingkan badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang, dan jika ternampak seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perhatian. Cara lain ialah dengan meletakkan tangan anda di dalam air.

3. Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat.

4. Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air, segera keluar dari kolam.

5. Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu pakaian renang.

6. Sentiasa mematuhi arahan guru atau pensyarah pembimbing.


TEKNIK ASAS DI DALAM AIR
1. Apungan

2. Apungan lentang

3. Apungan meniarap
         
4. Apungan campang(sculling)
         
5. Kuak dan pernafasan
         
6. Gaya bebas
         
7. Kuak lentang asas
         
8. Kuak gaya bebas
        
9. Tendang gunting
        
10. Gaya sisi


ASAS MENYELAMAT DI DALAM AIR KAEDAH CPR (Cardiopulmonary Resuscitation)