Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

TEKNIK MENGGUNAKAN KAPAK

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 

1. KAWASAN SEKELILING
Sebelum menebang pokok, bersihkan kawasan sekeliling seperti tumbuhan-tumbuhan memanjat, menjalar dan yang berjuntaian. Pastikan tiada halangan termasuk pemerhati dalam lingkungan jarak 4 meter dari kawasan menebang.


2. ARAH JATUHAN POKOK
Tentukan terlebih dahulu arah mana pokok akan tumbang. Pastikan kawasan tumbangan pokok itu selamat bagi mengelakkan kecederaan pada diri sendiri, orang sekeliling dan harta benda beharga. Mulakan mengapak di ketinggian 0.5 meter dari aras tanah di bahagian pokok akan tumbang dengan membuat bentuk "V" atau 45º takukan sehinggalah ke tengah batang pokok.


3. TUKAR KEDUDUKAN SELAMAT
Beralih lokasi takukan 90º dari arah tumbangan pokok apabila takukan arah pokok tumbang sampai ke tengah batang pokok. Balas takukan bentuk "V" atau 45º di atas sedikit dari takukan asal. Lakukan sehingga ada tanda-tanda pokok mahu tumbang.


4. KAWASAN TENDANGAN
Apabila sudah ada tanda-tanda pokok akan tumbang, jerit "POKOK TUMBANG" dan jauhkan diri dari kawasan bekerja kerana dikhuatiri pokok akan terkoyak atau terkopak menyebabkan kawasan takukan tidak putus.