Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

PENGENALAN

Pergerakan Pengakap merupakan salah satu badan beruniform (berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Antara cabang dalam pergerakan ini ialah Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.PPM01ST


MATLAMAT
  • Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka;
  • Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;
  • Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;
  • Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu;
  • Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara;
  • Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan
  • Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

Pengakap Pengakap Muda dan Pengakap Remaja masing-masing mengandungi ahli-ahli yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun dan 16 hingga 18 tahun (pelajar sekolah menengah) seperti yang dinyatakan dalam Dasar Peraturan Pertubuhan (Policy Organisation Rules - P.O.R) Persekutuan Pengakap Malaysia Bahagian 7 (Pertubuhan Kumpulan) Perkara 244 dan 247N  (Had Umur).PPM01ST


PATROL
Ahli-ahli akan dibahagikan kepada 4 hingga 6 patrol dengan setiap satunya dianggotai seramai 6 hingga 8 orang ahli termasuk seorang Ketua Patrol dan seorang Penolong Ketua Patrol dan dipimpin oleh seorang Pemimpin Pengakap dan beberapa orang Penolong Pemimpin Pengakap yang bertanggungjawab memberi latihan kepada Ketua-Ketua Patrol.PPM01ST

Nama-nama patrol adalah menggunakan nama burung (Unit Pengakap Muda) dan nama pahlawan tanah air (Unit Pengakap Remaja) dipakai di bahu kiri.PPM01ST


KETUA PASUKAN (TROOP LEADER)
Seorang Ketua Pasukan boleh dilantik oleh Pemimpin Pengakap setelah berunding bersama dengan Majlis Ketua Patrol (Court of Honour - C.O.H). Ketua Pasukan boleh dilantik dari kalangan Ketua Patrol atau bukan Ketua Patrol.PPM01ST

Ketua Pasukan memakai tanda jawatan berupa 3 jalur di atas poket kiri.PPM01ST


KETUA PATROL (PATROL LEADER)
Ketua Patrol dilantik oleh Pemimpin Pengakap setelah berunding bersama dengan Majlis Ketua Patrol (Court of Honour - C.O.H). Ketua patrol melatih patrolnya melalui kegiatan-kegiatan dalam perjumpaan-perjumpaan Pasukan dan Patrol dan dalam perkhemahan-perkhemahan.PPM01ST

Ketua Patrol juga merancang aktiviti-aktiviti perjumpaan Patrol dan perkhemahan dengan bantuan Penolong Ketua Patrol dan tertakluk kepada nasihat Pemimpin Pengakap dan Majlis Ketua Patrol.

Penolong Ketua Patrol dipilih oleh Ketua Patrol dengan persetujuan Pemimpin Pengakap dan Majlis Ketua Patrol (Court of Honour - C.O.H) untuk menolong Ketua Patrol  dan mengambil tempatnya jika tiada.PPM01ST

Ketua Patrol dan Penolong Ketua Patrol masing-masing memakai tanda jawatan berupa 2 jalur dan 1 jalur di atas poket kiri.PPM01ST


MAJLIS KETUA PATROL (COURT OF HONOUR - C.O.H)
Majlis Ketua Patrol (Court of Honour - C.O.H) adalah satu badan yang mengandungi Ketua Pasukan dan Ketua Patrol. Pemimpin Pengakap dan Penolong Pemimpin Pengakap boleh hadir sebagai penasihat.PPM01ST

Majlis Ketua Patrol (Court of Honour - C.O.H) bertanggungjawab menjaga maruah Pasukan, mentadbir dan mengatur aktiviti-aktiviti, perjumpaan-perjumpaan dan perkhemahan-perkhemahan Pasukan termasuk urusan perbelanjaan. Juga sebagai saluran untuk memberi latihan kepada Ketua-Ketua Patrol.PPM01ST

Cogan Kata bagi unit Pengakap Muda dan Pengakap Remaja ialah SELALU BERSEDIA dan PANDANG LUAS.PPM01ST