Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

LENCANA KEAHLIAN

Lencana ini dianugerahkan kepada seorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang ahli dalam Persaudaraan  Pengakap Malaysia yang luas itu.

Sebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu mempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang berpengakap.

Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu lulus ujian-ujian berikut : - 

1. Peraturan pakaian seragam Pengakap. 

2. Prinsip Rukun Negara. 

3. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 

4. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap. 

5. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. 

6. Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah pengasas Pengakap, Lord Baden Powell. 

7. Simpulan & ikatan :
  1. Buku Sila (Reef Knot)
  2. Bunga Geti (Sheet Bend)
  3. Simpul Manuk (Clove Hitch)
  4. Tindih Kasih (Bowline)
  5. Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitches)
  6. Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)