Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

ASAS PERBARISAN

1. KEDUDUKAN SEDIA
Berdiri tegak
Mata pandang 200 meter kehadapan
Tangan lurus rapat ke badan
Jari genggam. Ibujari hala ke bawah selari dengan garisan seluar
Kaki rapat, Tapak kaki bentuk huruf 'V'


2. KEDUDUKAN SENANG DIRI
Berdiri tegak
Kedua tangan lurus ke belakag.
Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk 'isyarat Pengakap'
Kedua kaki lurus dan dijarakkan


3. KEDUDUKAN REHATKAN DIRI
Berdiri tegak
Kedua tangan bengkok ke belakang dan diletakkan di paras pinggang
- Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk 'isyarat Pengakap'
Kedua kaki lurus dan dijarakkan


4. PERGERAKAN KE KANAN PUSING
Pusing kaki kanan 90° ke kanan. Kaki kiri ikut semampu boleh
Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kanan
Kembali ke keadaan sedia


5. PERGERAKAN KE KIRI PUSING
Pusing kaki kiri 90° ke kiri. Kaki kanan ikut semampu boleh
Angkat kaki kanan 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kiri
Kembali ke keadaan sedia


6. PERGERAKAN KE BELAKANG PUSING
Pusing kaki kanan 180° ke belakang ikut arah kanan. Kaki kiri ikut semampu boleh
Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kanan
Kembali ke keadaan sedia


7.  KE KANAN LURUS
Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan (Penanda) tidak perlu bergerak.

(Pergerakan serentak tangan dan kepala)
Ahli barisan hadapan gerakkan tangan kanan  lurus 90° ke kanan
di belakang badan kawan. Kepala pusing 90° ke kanan

(Ahli barisan paling kanan gerakkan tangan kanan lurus 90° ke hadapan
di tepi bahu kanan  kawan. Kepala tidak perlu pusing 90° ke kanan)

Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak kembali di tempat asal.
Angkat kaki kanan 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kiri.

Ahli barisan hadapan bergerak ke kiri sehingga ibujari tangan kanan menyentuh bahu kiri kawan
Pastikan hanya kelihatan kepala kawan di sebelah kanan sahaja yang kelihatan

(Ahli barisan paling kanan bergerak ke belakang sehingga ibujari tangan kanan menyentuh bahu kanan kawan. Pastikan hanya kelihatan kepala kawan di hadapan  sahaja yang kelihatan)

Ahli-ahli di dalam barisan (selain ahli barisan hadapan dan kanan)
Pergerakan sama seperti ahli lain cuma tidak perlu mengangkat tangan.
Betulkan kedudukan mengikut kawan hadapan dan kawan d isebelah kanan.

Semua ahli bersiap sedia untuk kembali ke kedudukan sedia apabila arahan 'pandang depan' diberi.


8. BUKA BARISAN

<     <          >     >
Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.


9. TUTUP BARISAN
>     >          <     <
Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.


10. LANGKAH KE SEBELAH
Hukuman ini  diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan atau ke kiri.
Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan/ kiri.


11. BARISAN PARAS
a) Paras ahli tinggi di tengah
b) Paras ahli rendah di tengah
c) Paras ahli tinggi di kiri
d) paras ahli tinggi di kanan


CONTOH MEMBERI ARAHAN/HUKUMAN BARISAN PARAS (AHLI RENDAH DI TENGAH)

ARAHAN/HUKUMAN
Tinggi kanan, rendah kiri .. jadikan satu barisan paras .. gerak!
PERBUATAN/PERGERAKAN
i. Ahli paling tinggi berbaris di kanan sekali dan ahli paling rendah berbaris di kiri sekali. Ahli lain berbaris mengikut paras ketinggian masing-masing berpandukan ahli paling tinggi dan paling rendah.


ARAHAN/HUKUMAN
Dari kanan .. Nombor!
PERBUATAN/PERGERAKAN
ii. Ahli paling kanan (paling tinggi) menyebut nombor 1 diikuti oleh ahli sebelahnya menyebut nombor 2 dan seterusnya hingga habis


ARAHAN/HUKUMAN
Penanda diam!..ganjil selangkah ke depan ..genap selangkah ke belakang..ganjil dan genap..gerak!
PERBUATAN/PERGERAKAN
iii. Penanda tidak bergerak. Ahli bernombor gajil selangkah ke depan dan ahli bernombor genap selangkah ke belakang


ARAHAN/HUKUMAN
Depan kanan pusing..belakang kiri pusing..depan dan belakang..pusing!
PERBUATAN/PERGERAKAN
iv. Penanda diam. Ahli barisan hadapan (ahli nombor ganjil) pusing ke kanan. Ahli barisan belakang (ahli nombor genap) pusing ke kiri.


ARAHAN/HUKUMAN
Akan jadikan tiga barisan..dari kiri cepat..jalan!
PERBUATAN/PERGERAKAN
v. Ahli barisan hadapan berjalan kearah penanda dan membentuk 3 orang sebaris di belakang penanda. Ahli seterusnya berhenti di sebelah kiri penanda untuk membentuk 3 orang sebaris di barisan kedua dan seterusnya.
Ahli barisan belakang mengekori ahli terakhir ahli barisan depan. Setelah selesai, semua ahli mengadap kea rah kanan kecuali penanda mengadap ke hadapan.



ARAHAN/HUKUMAN
Mengadap ke hadapan..kiri..pusing!
PERBUATAN/PERGERAKAN
vi. Penanda diam. Semua ahli pusing ke kiri.


ARAHAN/HUKUMAN
Ke kanan..lurus!



PERBUATAN/PERGERAKAN
vii. Pergerakan di akhri dengan meluruskan barisan.



12. CEPAT JALAN
i. Dimulakan dengan kaki kiri melangkah ke depan, tangan kanan dihayun separas bahu ke depan dan tangan kiri dihayun ke belakang serentak.

ii. Diikuti dengan kaki kanan melangkah ke depan, tangan kiri dihayun separas bahu ke depan dan tangan kanan dihayun ke belakang serentak.

iii. Kedudukan badan tegak. Jari tangan digenggam dan ibujari tangan hala ke hadapan setiap kali tangan diangakt separas bahu.

iv. Muka memandang jauh di hadapan. Mata sesekali menjeling kedudukan ahli barisan depan, kiri dan kanan sambil untuk memastikan barisan lurus.


13. HENTAK KAKI

Semasa Keadaan Sedia
i. Dimulakan dengan kaki kiri diangkat dengan kedudukan peha pada paras 90° dan dihentak ke tanah diikuti dengan kaki kanan secara bergilir-gilir di tempat yang sama (setempat).

ii. Kedudukan anggota badan lain seperti dalam keadaan sedia

Semasa Cepat Jalan
i. Arahan hentak kaki diberikan semasa kaki kiri menjejak tanah.

ii. Langkah kaki kanan selangkah ke depan sebagai lokasi setempat..

iii. Teruskan hentak kaki.


14. BERHENTI

Semasa Cepat Jalan
i. Arahan berhenti diberikan semasa kaki kiri menjejak tanah.

ii. Langkah kaki kanan selangkah ke depan sebagai lokasi setempat.

iii. Di lokasi setempat, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri.

Semasa Hentak Kaki
i. Arahan berhenti diberikan semasa kaki kiri menjejak tanah.

ii. Hentak kaki kanan sebagai lokasi setempat.

iii. Di lokasi setempat, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri.


15. BELOK KANAN
i. Ahli A perlu melangkah lebih panjang dari B & C sambil membelok ke kanan
ii. Ahli C perlu melangkah lebih pendek dari A & B sambil membelok ke kanan
iii. Ahli B perlu memastikan beliah selari dengan A & C semasa membelok ke kanan
iv. Semasa membelok ke kanan, hanya tangan kiri sahaja yang dihayun.


16. BELOK KIRI
i. Ahli C perlu melangkah lebih panjang dari A & B sambil membelok ke kiri
ii. Ahli A perlu melangkah lebih pendek dari B & C sambil membelok ke kiri
iii. Ahli B perlu memastikan beliah selari dengan A & C semasa membelok ke kiri
iv. Semasa membelok ke kiri, hanya tangan kanan sahaja yang dihayun..


17. TUKAR LANGKAH
Tukar langkah semasa berjalan..tukar langkah!
i. Arahan tukar langkah diberikan semasa kaki kanan menjejak tanah. Kaki kiri hentak di sebelah kaki kanan. Kaki kanan hentak 45° di belakang kaki kiri. Teruskan cepat jalan.


18. KELUAR BARIS
diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.
Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.


19. BERSURAI
Sama seperti keluar baris.
Perbezaan ialah diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.