Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Jumaat, 31 Ogos 2018

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 61 .. MERDEKA!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 61 dari kami kepada anda semua pengunjung budiman laman weblog PPM 01 Seremban Timur. PPM01ST

Merdeka membawa pengertian yang luas di dalam hidup setiap individu. Merdeka dari segi percakapan, perbuatan, pengetahuan dan berbagai lagi erti merdeka yang dapat dihubungkaitkan dengan kehidupan seharian kita. PPM01ST

Tiada ertinya negara menyambut Hari Kemerdekaan tetapi jiwa dan perasaan rakyatnya belum lagi merdeka. Tiada ertinya pemimpin melaungkan semangat merdeka jika rakyatnya masih menganggap hak keistimewaan mereka dapat membantu mereka sampai bila bila. Tiada ertinya rakyat berhimpun menyanyikan lagu negaraku tepat jam 12 tengah malam dan selepas itu memeriahkan kelab-kelab malam hinga ke pagi. PPM01ST

Sesungguhnya ... Kemerdekaan mestilah boleh dirasai. Kemerdekaan mestilah boleh dibanggai. Kemerdekaan mestilah hidup dalam jiwa sanubari ... Kerana kemerdekaan itu mencerminkan sifat peribadi bangsa kini. PPM01ST

MERDEKA! .. PPM01ST

MERDEKA! .. PPM01ST MERDEKA! .. PPM01ST

MERDEKA! .. PPM01STMERDEKA! .. PPM01ST MERDEKA! .. PPM01ST



Sumber dari  http://38hululangat.blogspot.com/2009/08/selamat-menyambut-hari-kemerdekaan-ke.html)
Sumber dari  http://38hululangat.blogspot.com/2009/08/selamat-menyambut-hari-kemerdekaan-ke.html)

Khamis, 30 Ogos 2018

MAJLIS PENGANUGERAHAN LENCANA & PENYERAHAN SIJIL LULUS PENGAKAP RAJA

Tahniah diucapkan kepada 7 orang ahli Pengakap 01 yang telah lulus ujian Pentarafan Pengakap Raja siri 2017 & 2018. Mereka adalah:

1. Ahmad Hazim Bin Ahmad Bakhtiar
2. Puteri Noriman Binti Norazman
3. Syafawati Binti Samion
4. Nur Syaneem Binti Mohd Kamal
5. Muhammad Azib Zikry Bin Abdul Halim
6. Ruqayyah Sophea Binti Zamzaitul Akmal Hisham
7. Muhammad Haffiz Bin Mohd Ariffin

Mereka bakal menerima lencana Pengakap Raja dan sijil perakuan lulus Pengakap Raja disuatu majlis anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan sebelum mereka dijemput ke Istana Besar Seri Menanti Kuala Pilah untuk menerima Sijil Anugerah Pengakap Raja dari Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir tidak lama lagi.

Isnin, 20 Ogos 2018

#TRIVIA 20 OGOS 2018


#Trivia #20Ogos2017 ..Tahniah kepada 11 orang ahli #Pengakap01 yg telah ber sama2 dgn 8,222 pendaki lain mencipta rekod baru dlm 'world book of record' sebagai "rantaian manusia berpegang tangan terpanjang di dunia" dalam program #EkspedisiMenujuPuncak #GunungAngsi .. 2 darinya antara yang sampai ke puncak gunung angsi
.
#Pengakap01 #Scout01 #GeorgianScout #SMKKGV #01SerembanTimur