Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

LANGKAH KESELAMATAN KEGIATAN LUAR

PENDAHULUAN.
  • Kegiatan luar ialah aktiviti yang dijalankan di luar daripada kawasan sekolah dan/atau  melibatkan agensi luar untuk mengadakan lawatan atau perkhemahan.


RASIONAL
  • Kegiatan luar adalah perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk mendedahkan ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi di dalam bilik darjah kepada murid.
  • Mengubah sausana pembelajaran supaya murid lebih berminat untuk terus belajar.


OBJEKTIF
  • Mengadakan lawatan yang berfaedah untuk murid.
  • Mengikut tatacara keselamatan yang disediakan apabila menjalankan aktiviti luar.
  • Mengelakkan berlakunya kemalangan apabila menjalankan aktiviti luar dengan mengambil kira aspek keselamatan.


PERANAN MURID.
  • Murid mendapatkan kebenaran ibubapa.
  • Memberitahu taraf kesihatan kepada guru/pihak pengurusan.
  • Membawa peralatan yang diperlukan dengan lengkap.
  • Mendengar dengan teliti arahan guru dan mengikut peraturan yang disediakan oleh guru.
  • Sentiasa berada dalam kumpulan yang ditetapkan.


PERANAN GURU PENASIHAT/JURULATIH/ GURU PENGIRING
  • Memberi kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti luar melalui:
  1. Poster
  2. Perhimpunan Mingguan
  3. Ceramah
  4. Bengkel
  5. Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas.
  6. Tayangan Video.
  7. Ceramah.
  8. Edaran.
  • Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
  • Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat.
  • Memaklum kepada ibu bapa dan pihak berkenaan.
  • Menganalisis setiap kejadian.
  • Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti luar sekolah.
  • Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti luar.


PERANAN IBUBAPA
  • Mengambil tahu aktiviti luar yang diikuti oleh anak jagaan masing-masing.
  • Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
  • Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
  • Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
  • Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan/pihak sekolah.


TATACARA MURID

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
  • Pelajar melengkapkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga yang disediakan dan serahkan kepada guru penasihat.
  • Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai. Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing-masing (pakai sentiasa) pas lawatan sekolah.
  • Bawa peti kecemasan yang lengkap.
  • Catat kedatangan pergi dan balik dan naik/turun daripada kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan keselamatan.
  • Setelah tiba di tempat yang ditujui, ikut arahan guru/pemandu pelancong/ peraturan di tempat lawatan.
  • Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
  • Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik. Tunggu di satu tempat dan minta bantuan sehingga bantuan sampai.


LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN HUTAN.
  • Lengkapkan Borang Kebenaran Ibu bapa dan serahkan kepada guru penasihat
  • Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
  • Pakai pakaian yang sesuai- baju lengan panjang dan kasut sukan.
  • Dirikan khemah di kawasan yang sesuai dan bukan di laluan air atau bawah pokok berdahan reput/di lereng bukit yang boleh berlaku tanah runtuh/berhampiran tebing sungai/tempat curam/tanah lembut/di kawasan lembah dan lain-lain tempat yang berbahaya.
  • Taburkan serbuk belerang/garam di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang merayap yang berbisa seperti ular dan serangga.
  • Bersihkan kawasan sekeliling khemah.
  • Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana ia mungkin beracun.
  • Ketua kumpulan jalankan aktiviti dalam kumpulan.
  • Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
  • Sekiranya diganggu oleh haiwan liar, jangan panik. Jerit minta pertolongan dan lari untuk menyelamatkan diri.
  • Sekiranya terkena getah beracun, gatal-gatal, gigitan binatang berbisa, gigitan serangga atau luka, dapatkan pertolongan kecemasan segera.
  • Laporkan kepada guru.
  • Sekiranya sakit berterusan, keluar daripada kawasan perkhemahan dan daptakan rawatan di klinik/hospital berdekatan.
  • Bawa peralatan lengkap dan peti kecemasan.

            
LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN BERAIR.
  • Kawasan berair seperti sungai, laut, lombong, tasik, loji penapisan air, empangan, bakau dan lain-lain.
  • Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
  • Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru/pegawai bertugas / penyelamat kelemasan.
  • Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.
  • Dapatkan kebenaran guru untuk sebarang aktiviti.
  • Jika terdapat sebarang bentuk kecemasan seperti lemas, menjeritlah meminta tolong.
  • Jangan cuba memberi pertolongan cemas kecuali jika anda mempunyai kelayakan menyelamat di air.
  • Laporkan segera kepada guru/pegawai bertugas/penyelamat kecemasan.


TATACARA GURU.
  • Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
  • Jika guru tidak mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan.
  • Memohon kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, seperti polis (bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan).
  • Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa/penjaga.
  • Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa dan kumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.
  • Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
  • Pengawasan dan penyeliaan yang rapi.
  • Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang dijalankan.
  • Mengatur program yang sesuai.


TATACARA IBUBAPA/PENJAGA.
  • Menandatangani surat kebenaran ibubapa/penjaga.
  • Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
  • Memaklum kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
  • Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk menyertai sebarang aktiviti.
  • Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak menyertai sebarang aktiviti.
  • Mengetahui masa bermula dan berakhir sesuatu aktiviti.
  • Memastikan peralatan mencukupi untuk anak jagaan menjalankan aktiviti.
  • Mengambil tahu tempat aktiviti dijalankan.
  • Mendapatkan maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.



TATACARA TINDAKAN APABILA BERLAKU KEMALANGAN.

DI DALAM KAWASAN SEKOLAH
  • Apabila berlaku kemalangan, terus laporkan kepada guru-guru yang bertugas. Buat laporan bertulis.
  • Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.
  • Sekiranya serius, pihak sekolah akan menghantar pelajar berkenaan ke hospital dan laporkan kejadian tersebut kepada ibubapa murid/pesakit.
  • Sekiranya melibatkan kes polis, guru bertugas membantu buat aduan di Balai Polis.
  • Guru segera dapatkan laporan bertulis daripada pihak hospital dan polis untuk tujuan tuntutan insurans.
  • Serahkan kedua-dua laporan kepada pihak pentadbir untuk urusan memohon tuntutan insurans selanjutnya.


DI LUAR KAWASAN SEKOLAH.
  • Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.
  • Sekiranya serius, minta bantuan daripada orang yang berhampiran untuk menghantar ke hospital.
  • Dapatkan maklumat ibu bapa, laporkan kemalangan kepada ibu bapa dan pihak pentadbiran / pejabat sekolah untuk tindakan membuat laporan seterusnya kepada polis.
  • Dapatkan laporan hospital dan pihak polis untuk diserahkan kepada pentadbiran sekolah bagi urusan tuntutan insurans.