Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Jumaat, 2 Jun 2017

EKSPEDISI MENUJU PUNCAK GUNUNG ANGSI 2017



Lembaga pelancongan Negeri Sembilan akan menganjurkan Ekspedisi Menuju Puncak Gunung Angsi 2017 bagi mencipta rekod malaysia dan rekod dunia.

Tarikh:
19hb Ogos 2017 (Sabtu)

Masa
6.00 pagi hingga 6.00 petang

Lokasi:
Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah


Disamping tu, Ekspedisi Menuju Puncak 2017 juga merupakan usaha Kerajaan Negeri Sembilan menyambut Semangat Kemerdekaan ke 60. Acara ini melibatkan semua golongan daripada kecil sehingga warga emas.

Objektif Penganjuran acara :

1. Memantapkan masyarakat Negeri Sembilan melalui nilai daya saing,daya juang, daya suai dan daya tahan

2. Memupuk semangat cintakan negara melalui perpaduan antara kaum dan bersatu sebgai rakyat Malaysia 

3. Merakyatkan falsafah Negeri Sembilan Moden 2015-2045, Mengembelingkan sinergi ke arah perjuangan bersama menjayakan Wawasan tersebut

4. Merealisasikan Think & Act Tourism melalui produk eko pelancongan, Gunung Angsi.

Sehubungan dengan itu sesiapa yang berminat boleh memaklumkan NAMA, NO. KAD PENGENALAN dan TINGKATAN kepada Hazim (TL) atau Iman (ATL) sebelum atau pada 13hb Jun 2017. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Sekian, harap maklum.