Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Ahad, 21 Januari 2018

LAPORAN PERJUMPAAN 'PERSEDIAAN KE ARAH PENGAKAP RAJA' 21/01/2018

Tarikh: 21/01/2018 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 12.10 tengahari
Lokasi: Dataran Anugerah, SMK KGV
Kehadiran Pemimpin: 1 orang
Kehadiran Ahli: 4 ahli Pengakap Muda & 6 ahli Pengakap Remaja

Ahli Bertugas : Amir Sira (Pengakap Bertugas), Izza Alisya (Bendera), Aiyub Ariff (Persetiaan) & Umie Ermisha (Doa)

Perjumpaan dimulakan tepat jam 8.00 pagi dengan istiadat menaikkan bendera diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu dan lagu Pengakap. Selepas itu bacaan Persetiaan Pengakap dan bacaan doa.



Pemimpin bertugas, Tuan Aziz Wahab dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima di atas minat dan kesungguhan ahli yang sudi hadir. Beliau menerangkan tujuan perjumpaan diadakan serta aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sehingga tamat perjumpaan.


Disamping itu, kesiap-siagaan ahli memakai seragam yang lengkap turut disentuh agar timbul perasaan bangga apabila menyarungnya. Turut disentuh mengenai pentingnya menepati masa bermula yang telah dimaklumkan agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan.


Sejurus selepas itu latihan kawad telah diadakan pada jam 8.30 pagi. Antara pergerakan yang telah diajarkan adalah kawad statik, cara jalan yang betul dan kawad belok. Kelihatan riak wajah sebilangan ahli-ahli yang teruja kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru.


Semua ahli telah diberikan rehat pada jam 9.40 pagi dan telah dijamu dengan hidangan nasi lemak. Tepat jam 10.00 pagi semua ahli diarahkan masuk ke dalam kelas untuk sesi pembelajaran/teori.


Tuan Aziz Wahab telah menerangkan untuk mencapai taraf sebagai seorang Pengakap Raja memerlukan minat dan kesungguhan. Beliau juga telah menerangkan peringkat-peringkat yang perlu dilalui sebelum seseorang Pengakap Remaja itu layak dianugerahkan dengan sijil Pengakap Raja.


Disamping itu, turut diterangkan kelayakan-kelayakan dan juga sistem pemarkahan bagi menentukan gagal atau lulusnya setiap calonn itu. Ternyata ahli-ahli yang hadir sanggup menerima cabaran-cabaran yang bakal dihadapi demi menggapai impian sebagai seorang Pengakap Raja.


Tepat jam 11.00 pagi, semua ahli telah berkumpul semula di Dataran Anugerah untuk menjalani latihan praktikal iaitu mengangar ketinggian dan jarak sesuatu objek. Jelas terpancar wajah-wajah kepuasan apabila mereka dapat berkongsi dan mencuba berlatih membuat anggaran ketinggian bangunan Dewan Tuanku Muhriz serta ketinggian menara jam SMK KGV. Selepas itu, ahli-ahli berlatih mengangar lebar Dataran Anugerah.


Pada jam 12.00 tengahari, Istiadat Menurunkan Bendera telah diadakan. Dalam ucapan Tuan Aziz Wahab, beliau berpuas hati dengan kerjasama yang telah diberikan dan berharap pada masa-masa hadapan, kebih ramai lagi ahli-ahli Pengakap dapat sama-sama hadir bagi mempelajari ilmu kePengakapan memandangkan masa yang diperuntukkan selama 1 jam pada hari Rabu koku adalah tidak mencukupi bagi setiap ahli mendalami ilmu Pengakap.


Perjumpaan tamat pada jam 12.10 tengahari.