Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Rabu, 17 Januari 2018

PERJUMPAAN PERTAMA 2018

Tarikh: 17/01/2018 (Rabu)
Masa: 3.30 - 4.30 petang
Lokasi: Dewan Tuanku Muhriz
Kehadiran Pemimpin: Semua pemimpin 01 Seremban Timur
Kehadiran Ahli: 71 ahli Pengakap Muda & 78 ahli Pengakap Remaja

Perjumpaan dimulakan dengan ucapan selamat datang dari Ketua Pemimpin 01 Seremban Timur iaitu Tuan Shafizan Shahriman kepada semua ahli lama dan baru. Selepas itu beliau telah memperkenalkan semua penolong pemimpin yang akan bersama-sama beliau menjalankan tugasan pentadbiran dan aktiviti untuk sepanjang tahun 2018 ini.

Selepas itu beliau memperkenalkan Ketua Kumpulan (Troop Leader - TL) iaitu sdr Mohd Hafiz Ariffïn yang telah dilantik berdasarkan keaktifan beliau berPengakap dan bakal mengambil ujian untuk anugerah Pengakap Raja pada bulan Mac 2018 nanti.




Disamping itu Tuan Shafizan turut berkongsi kejayaan Pengakap 01 Seremban Timur melahirkan 9 orang Pengakap Raja (3 orang pada 2016 dan 9 orang pada 2017). Beliau juga memaklumkan bahawa Tuan Pengetua telah menetapkan sekurangnya 4 orang Pengakap Raja perlu dilahirkan pada setiap tahun.


Selepas itu sesi pemilihan AJK baru telah dïadakan yang menyaksikan sedikit rombakan kecil serta pengisian beberapa jawatan yang telah dikosongkan.


Selesai perlantikan AJK, ahli-ahli telah diarahkan untuk membentuk patrol mengikut unit masin-masing. Ahli turut diarahkan untuk memilih ketua patrol, penolong ketua patrol serta 2 orang QM. Sebanyak 6 buah patrol Pengakap Muda dan Remaja telah berjaya dibentuk yang mengandungi antara 12 hingga 13 orang ahli setiap satunya.


Sebelum mengakhiri perjumpaan, Tuan Shafizan mengingatkan jumlah bayaran yuran keahlian sebanyak RM7 yang perlu dibayar untuk tahun 2018. Beliau juga menyeru semua ahli agar melengkapkan buku log agar dapat dicalonkan dalam ujian-ujian yang bakal dianjurkan sepanjang 2018.


Perjumpaan bersurai pada jam 4.30 petang.