1. DIPERCAYAI
Pengakap adalah seorang yang dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
i. Menjaga maruahnya (harga diri) dengan segala sifat-sifat terpuji
ii. Mempertahankan maruahnya sehingga semua orang yakin kepadanya
2. TAAT
Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-raja dan kepada ibubapanya, pemimpin-pemimpin Pengakapnya, majikannya dan orang-orang di bawahnya
Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-raja dan kepada ibubapanya, pemimpin-pemimpin Pengakapnya, majikannya dan orang-orang di bawahnya
i. Taat bukan beerti lemah tetapi menghormati dan mendengar nasihat yang baik, walaupun dari orang di bawahnya
ii. Boleh diharap dan boleh bekerjasama
3. BERGUNA
Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
i. Tidak terlalu mementingkan diri sendiri tetapi memikirkan juga sumbangan kepada keluarga, agama, bangsa, Negara dan orang lain.
ii. Ringan tangan dan dermawan bila ketikanya tiba untuk berbuat demikian
iii. Mencari kesempatan untuk berbakti
4. BERSAUDARA
Pengakap itu sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
i. Meluaskan pergaulan yang baik sesama kumpulan dan jiran setempat
ii. Memandang manusia sebagai sama taraf tanpa prasangka perbezaan negeri, agama, bangsa dan keturunan.
iii. Berkawan adalah lebih bak dari bermusuh.
5. BERBUDI
Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
i. Pengakap mempunyai tingkah laku, budi pekerti dan budi bahasa yang baik
ii. Dapat menghargai perkara yang baik, lebih baik dari orang lain
iii. Bertimbang rasa dan bertimbang rasa sesame manusia
6. KASIHKAN BINATANG
Pengakap baik hati dan kasihkan binatang..
i. Jangan zalim kepada binatang yang lemah
ii. Membunuh binatang yang hanya diperlukan untuk makanan
iii. Binatang yang dipelihara hendaklah dijaga dengan sempurna makan minumnya, kebersihannya dan kesihatannya.
iv. Jika perlu membunuh, janganlah diseksa lama-lama walupun binatang itu jenis musuh.
7. MENURUT PERINTAH
Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
i. Menyempunakan tanggungjawab yang diberikan sebaik mingkin
ii. Mendengar arahan dengan baik. Kalau tidak jelas, tanya sehingga faham.
iii. Jika tiada upaya menjalankan perintah, minta maaf dengan baik.
8. TABAH HATI
Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan.
i. Apabila ditimpa kesusahan, kesempitan dan kecemasan hendaklah bertenang dan jangan gugup
ii. Percaya sesuatu yang di luar jangkaan itu datangnya sebagai takdir
iii. Atasi emua masalah dengan bijaksana dan sabar.
9. BERJIMAT
Pengakap itu jimat dan cermat
i. Tidak membazir, boros dan tidak membiarkan sesuatu itu terbuang begitu sahaja
ii. Berjaga-jaga, waspada dan berhati-hati sebelum, samasa dan selepas berbuat sesuatu
iii. Menjaga sesuatu yang bernilai supaya tidak hilang, rosak atau susut nilai
10. SUCI FIKIRAN, PERKATAAN PERBUATAN
Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
i. Utamakan kebersihan diri, pakaian, makanan, tempat tinggal dan persekitaran.
ii. Sentiasa isikan fikiran dengan ilmu pengetahuan yang baik
iii. memiliki cita-cita tinggi supaya hal-hal yang tdak baik tidak meracuni pemikiran dan akal.
iv. Menjaga tingkahlaku dan sopan santu supaya manis dipandang orang
Nota Tambahan
Undang-undang Pengakap yang asal disusun dalam ayat yang jelas dan mudah difahami untuk menetapkan peraturan yang menjadi asas dalam melahirkan warganegara yang baik.
Undang-undang Pengakap telah menjadi batu asas dalam Kepengakapan dan memberi garis panduan tentang bagaimana kita seharusnya menjalani kehidupan seharian kita.
B-P mengambil inspirasi untuk menulis Undang-undang Pengakap daripada kod ‘Bushido’ Pahlawan Samurai Jepun, Undang-undang puak Red Indian Amerika, kod kesatriaan Pahlawan Eropah (Knights) dan juga nilai-nilai pegangan dan amalan pahlawan Puak Zulu yang pernah ditemuinya di Afrika.