Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

MENGEMBARA 8 KM

SENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DISEDIAKAN
1. Borang Kebenaran Ibubapa

2. Borang perakuan kesihatan

3. Membawa tali Pengakap, tongkat Pengakap & kompas silva

4. Membawa peti pertolongan cemas

5. Membawa alatan makanan dan minuman secukupnya

6. Berbincang peta perjalanan dengan pemimpin

7. Berbincang dengan pemimpin apakah yang akan anda lakukan semasa dalam pengembaraan

8. Menyediakan sebuah buku log pengembaraan yang mengandungi perkara di bawah:

BUTIRAN PERIBADI




BUTIRAN AHLI PATROL

PETA PERJALANAN


LAPORAN PERJALANAN


TUGASAN TAMBAHAN


PERKONGSIAN PERISTIWA MENARIK SEPANJANG PERJALANAN
RANGKUMAN


TUGASAN EKSPEDISI

1. Dapatkan nama, tandatangan staf & cop Check Point (CP)
2. Sejarah ringkas Check Point (CP)
3. Gambar bersama patrol berlatar belakangkan Check Point (CP)

CHECK POINT (CP)
a. The Royale Bintang Resort & Spa Seremban
b. Kolej MARA Seremban
c. Balai Bomba Dan Penyelamat Rahang
d. Stesen Minyak Caltex Jalan Tuan Haji Said
e. Ibu Pejabat Polis Kontijen Seremban
f. Majlis Perbandaran Seremban
g. Masjid Negeri, Negeri Sembilan
h. Galeri DiRaja Tuanku Jaafar
i. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

4. Kumpulkan 5 jenis bunga dan 5 jenis daun di sepanjang perjalanan dan sertakan nama serta fungsi bunga/daun tersebut

5. Gambar yang menunjukkan  aktiviti atau peristiwa menarik sepanjang ekspedisi selain tugasan yang diberi.

6. Pengalaman sendiri sebelum dan selepas pengembaraan. Juga cadangan untuk penambahbaikan.

7. Anda dikehendaki melapor diri kepada penguji setelah tiba di tempat permulaan. Masa yang diambil sepanjang pengembaraan tidak boleh melebihi 6 jam

8. Buku log penuh ekspedisi hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu selepas pengembaraan.


PERINGATAN SEMASA EKSPEDISI
1. Undang-Undang Pengakap, peraturan lalu lintas dan peraturan/ kod luar bandar‟ merupakan peraturan utama ekspedisi ini .

2. Berpakaian seragam lengkap pengakap adalah diwajipkan sepanjang ekspedisi.

3. Imej pengakap hendaklah sentiasa dijaga. Sentiasa bersopan santun apabila berada di luar agar Pengakap akan dihormati oleh orang lain.

4. Anda dikehendaki membawa kad pengenalan dan kad ahli Pengakap anda pada sepanjang masa.

5. Ketua patrol mestilah membahagikan tugas dan menjalankannya secara berpasukan, iaitu system berpatrol. Setiap ahli mestilah membuat tugasan yang diberi secepat mungkin agar tidak membazirkan masa.

6. Anda tidak dibenarkan membeli barang-barang sepanjang ekspedisi ini.

7. Anda boleh diperiksa pada bila-bila masa sepanjang ekspedisi ini, sehingga anda melapor balik kepada penguji.

8. Sentiasa ingat bahawa keselamatan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.


PERATURAN LALU LINTAS
1. Anda dikehendaki mengetahui undang-undang lalu lintas dan mematuhinya.

2. Semasa melintasi jalan raya, pastikan di kanan dan kiri anda tiada kenderaan yang menghalang anda, barulah anda melintas.

3. Semasa berjalan, anda mestilah berjalan di sebelah kanan bahu jalan, elakkan berjalan di tengah jalan.

4. Jangan melintas di simpang yang taja dan berbahaya.

5. Jangan bermain di jalan raya, perhatikan setiap langkah anda.

6. Jangan memanggil kawan semasa mereka sedang melintas.


PERATURAN / KOD LUAR BANDAR
1. Haruslah meminta kebenaran dahulu sebelum berada di tanah orang.

2. Jangan membuang sampah merata-rata, sebaliknya dibawa serta atau dibuang ke dalam tong sampah.

3. Jangan memanjat pagar.

4. Jangan merentas kawasan kebun tanaman dan berjalan di luar kawasan itu.

5. Jangan mengacau atau mengejar binatang-binatang ternakan orang lain.

6. Jangan ambil sebarang benda tanpa kebenaran tuan punya.





PLATFOM MEDIA SOSIAL 01 SEREMBAN TIMUR

TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM TELEGRAM