1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera
2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera
3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia.
4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat
6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”,
7. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera.
8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan.
9. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain .
10. Selesai memberi hormat, pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya.
11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu 'Pengakap Malaysia', Persetiaan Pengakap dan doa berturutan.
12. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas.
13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli pengakap untuk 'senang diri'.
14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain.
16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya.
17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin.
18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli..
ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA
1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera
2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera
3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia.
4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat
6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”,
7. 2 orang Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera.
8. Kedua-dua Pengakap bertugas melipat bendera.
9. Selesai melipat bendera,Pengakap bertugas menyerahkan bendera kepada pemimpin bertugas dan kembali ke tempat asal.
10. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai menandakan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain.
11. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya.
12. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin.
13. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli..