Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

ARAH MATA ANGIN DAN MENGENALI PETA TOPO


Kedudukan satu tempat atau poin boleh ditentukan dengan menggunakan arah atau bearing. Arah adalah satu cara yang subjektif, oleh itu ia kurang tepat. Bearing tepat kerana ia didapati dengan menggunakan protaktor.

Protaktor

Arah menunjukkan kedudukan satu-satu poin dari arah lain dengan menggunakan nama mata angin. Jarum pada kompas magnetic digunakan untuk menunjukkan arah. Terdapat 4 arah utama, iaitu utara, timur, barat dan selatan. Keempat-empat arah ini disebut mata angin utama selain daripada empat mata angin utama, terdapat 28 mata angin yang lain.

 Mata angin merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan arah. Umum digunakan dalam navigasi, kompas dan peta. Berpandukan pada pusat mata angin, maka kita akan melihat 8 arah yaitu dengan urutan sebagai berikut (mengikuti arah jarum jam): 

Utara (0°) 

Timur laut (45°): Terletak di antara utara dan timur 

Timur (90°) 

Tenggara (135°): Terletak di antara timur dan selatan 

Selatan (180°) 

Barat daya (225°): Terletak di antara selatan dan barat 

Barat (270°) 

Barat laut (315°): Terletak di antara barat dan utara 


Utara, timur, selatan dan barat merupakan empat mata angin utama. 

Utara dan selatan menggambarkan kutub Bumi, manakala timur dan barat menentukan arah putaran Bumi. 


PETA TOPO



PENGENALAN MENGENAI PETA TOPO
1. peta topo (peta rupa bumi) yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur Malaysia mempunyai berbagai-bagai maklumat.

2. peta-peta tersebut diwarnakan (sehingga enam jenis warna) dan mempunyai garis-garis dan symbol-simbol berserta makna bagi kedua-dua itu dalam petunjuk peta tersebut.

3. maklumat utama yang boleh diperolehi daripada peta-peta itu ialah:
a. Rupa bumi dari garis kontur

b. Bentuk saliran

c. Tumbuhan semulajadi

d. Jenis-jenis pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain

e. Bentuk petempatan

f. Bentuk perhubungan

       
4. Pengetahuan dari segi kaedah dan pendekatan dalam kajian dan tafsiran peta amat perlu untuk membolehkan maklumat-maklumat dalam peta tersebut dapat dibaca dan ditafsir.


DEFINASI PETA TOPO
Suatu unjuran grafik permukaan bumi ini yang menunjukkan taburan semua unsur-unsur yang terdapat, termasuk unsur semula jadi dan binaan manusia.


TUJUAN
1. Supaya dapat mencari jalan dimerata tempat dan mengenali rupa bentuk tanah.

2. Supaya dapat memahami keterangan yang diberikan di atas peta.

3. Supaya dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam penyampaian maklumat dan perintah berkenaan pergerakan dan arahan.


CARA MENJAGA PETA
1. Peta adalah satu dokumen yang mudah rosak, jika tidak dijaga dengan rapi terutama sekali di dalam perjalanan. Bekalan peta selalunya tidak mencukupi dan terhad. Dengan itu peta hendaklah dihindarkan daripada basah, lumpur dan terkoyak.

2. Peta-peta itu hendaklah dibalut dengan plastik supaya tidak terkena air dan terkoyak.

3. Jangan sekali-kali menggunakan pen atau lain-lain bahan tulis yang tidak boleh dipadam.

4. Peta adalah satu dokumen penting, hendaklah dijaga dan disimpan yang ditempat yang selamat.


MAKLUMAT DI LUAR GARISAN PETA
1. Tajuk Peta – selalunya pekan yang penting atau kawasan.

2. Bilangan peta yang tepat untuk dibuat rujukan. Ia mengandungi no. siri, no. syit dan cetakan.

3. Nama penerbit dan tarikh diterbitkan.

4. Garisan sukatan atau skala. Boleh dibaca di dalam batu, ela dan kilometer.

5. Nama pencetak dan tarikh cetakan.

6. Penunjuk kepada peta-peta penyambung dan peta sempadan negeri lain.

7. Petunjuk peta.

8. Rajah perubahan yang tepat dari utara grid ke utara sebenar. Perubahan tahunan disegi perubahan megnetik diberi disini.

9. Penerangan bagaimana mengambil rujukan peta.


KETEPATAN PETA
1. Peta adalah gambaran tanah yang dilukis mengikut sukatan. Walaubagaimanapun tepat peta dibuat, ia adalah gambaran tanah untuk masa peta dibuat. Perubahan-perubahan berikut mungkin telah berlaku sejak ianya disemak.

a) Pekan , jalanraya dan jalan keretapi mungkin telah dibangun dan di bina.

b) Hutan / kebun – mungkin telah dipotong atau ditukat kepada pertanian jenis lain.

c) Garisan pantai – mungkin telah berubah akibat hakisan.

d) Sungai – Arah perjalanan sungai mungkin telah berubah akibat perubahan manusia atau hakisan.


PANDUAN GRID


GARISAN TIMURAN DAN GARISAN UTARAAN
a. Dalam peta topografi garisan melintang dan garisan menegak dikenali sebagai garisan grid.

b. Garisan grid di bawah peta disebut garisan timuran dan garisan grid di tepi kiri peta disebut garisan utaraan.

GARISAN TIMURAN

GARISAN UTARAAN
c. Nombor-nombor garisan timuran dan garisan utaraan dikenali sebagai panduan grid (PG) atau rujukan grid (RG).

d. Kedudukan sesuatu ciri geografi atau objek boleh ditentukan dengan membaca panduan grid atau rujukan grid. Apabila membaca panduan grid, nilai garisan timuran di sebut dahulu dan diikuti oleh nilai garisan utaraan.


PANDUAN GRID EMPAT ANGKA DAN ENAM ANGKA
1. Panduan grid empat angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat atau kawasan dalam segiempat sama dalam peta topo.

2. Bagi panduan grid empat angka, dua angka bagi garisan timuran dibaca dahulu dan diikuti oleh dua angka bagi garisan utaraan.



4. Panduan grid enam angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu titik di atas peta topo.

5. Bagi panduan grid enam angka, tiga angka bagi garisan timuran dibaca dahulu dan diikuti oleh tiga angka bagi garisan utaraan.

Kedudukan titik di atas peta
1. Masjid : 026 009
2. Klinik : 049 018

(Angka ke 3 dibuat secara anggaran)


SKALA DAN JARAK

Skala ialah nisbah di antara jarak yang diberi dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan tanah. Terdapat tiga jenis skala iaitu skala lurus, skala penyata dan skala pecahan pengimbang.

1. Skala lurus adalah satu garisan yang lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama.



2. Skala penyata adalah skala yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan.

1 cm mewakili 5 km


3. Skala pecahan pengimbang adalah skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah.

1 : 100 000


UKURAN JARAK

MENGGUNAKAN BENANG
Selalunya seutas benang yang disertakan bersama jangka sudut boleh digunakan untuk mengukur di atas peta. Ini adalah cara yang baik dan pantas jika dibuat dengan cara yang betul.


JARAK ANTARA DUA GARISAN GRID
Sekiranya anda mengetahui skala sesuatu peta maka adalah mudah untuk mengukur jarak antara dua titik dalam sentimeter dan menukarkan kepada jarak sebenar di atas tanah. Setiap garisan grid di antara satu sama lain adalah satu kilometer manakala jarak melintang dalam satu petak anggaran 1 ½ km.



KONTOR
1. Garisan yang dilukis dengan menyambungkan semua tempat yang mempunyai ketinggian yang sama .

2. Menunjukkan ketinggian dengan tepat

3. Dapat menggambarkan kecerunan dan bentuk muka bumi di sesuatu tempat.

4. Garisan kontur berwarna coklat.

5. Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur dikenali sebagai selang tinggi



Garisan Kontur dan CerunJarak dan susunan garisan kontur dapat menunjukkan bentuk cerun.
a. cerun curam - garisan-garisan kontur rapat di antara satu sama lain.

b. cerun landai - garisan – garisan kontur jarang di antara satu sama lain.

c. Cerun cembung – garisan kontur jarang di atas dan rapat di bawah.

d. Cerun cekung – garisan kontur rapat di atas dan jarang di bawah

e. Cerun sekata – garisan kontur sama jarak di antara satu sama lain.

f. Cerun bertangga – garisan kontur berselang-seli di antara rapat dan jarang


Garisan Kontur dan Bentuk Muka Bumi Garisan kontur juga boleh menggambarkan pelbagai jenis bentuk muka bumi melalui keratan rentas.
a. tebing tinggi - garisan kontur berhampiran tepi pantai.

b. susuh bukit - garisan kontur berbentuk ‘V’ dengan hujungnya menghala ke tanah rendah.

c. dataran tinggi - garisan kontur di bahagian tepinya rapat dan bahagian tengahnya kosong.

d. rabung - garisan kontur membujur dan rapat

e. lurah - garisan kontur berbentuk ‘V’ dengan hujungnya menghala ke tanah tinggi.

f. genting dan pelana – garisan kontur bagi genting dan pelana adalah sama tetapi bagi pelana tidak ada sungai mengalir turun darinya.




PLATFOM MEDIA SOSIAL 01 SEREMBAN TIMUR

TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM TELEGRAM