Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

LENCANA JAYA

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalan menalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti kepimpinan ketua patrol, khidmat masyarakat, cabaran aktiviti luar, komunikasi radio amatur, ilmu pertolongan cemas, penyelamat nyawa dan sebagainya.

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Maju, (TIGA Lencana Kemahiran dan TIGA Lencana Perkhidmatan) terdahulu.

Untuk lulus Lencana Jaya seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : - 

A. CITA-CITA PENGAKAP
1. Organisasi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik.

2. Sejarah tertubuhnya Malaysia.

3. Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri.

4. Tugas kerja Dewan Undangan Negeri.

5. Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. 


B. KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI
1. Latihan asas perbarisan.

2. Kawat tongkat semasa berjalan.

3. Halangan komando. 


C. KEPIMPINAN
1. Menghadiri Kursus Ketua Patrol atau melatih 2 orang untuk Lencana Maju.
2. Kebolehan : -
  1. Merancang dan menjalankan pengembaraan.
  2. Merancang Malam Pengakap.
  3. Menjalankan Mesyuarat Ketua Patrol.
3. Membawa bendera. 


D. KEJAYAAN
Lakukan 1 kemahiran daripada Kumpulan I, II, III, IV dan V. 

KUMPULAN I - CABARAN
1. Lakukan 1 : -
  • Mendayung perahu ATAU
  • Melayarkan sampan layar.
2. Mendaki bukit.

3. Pengembaraan malam selama 8 jam. 


KUMPULAN II - AMALI
1. Pekerjaan tangan / tukang gambar.

2. Mekanik.

3. Kod fonetik antarabangsa.

4. Khidmat masyarakat. 


KUMPULAN III - KESUNGGUHAN
1. Pengembaraan 24 km atau berbasikal 50 km dalam patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis dalam buku log.

2. Gimnastik / seni mempertahankan diri.

3. Membuat bekalan dari makanan kering.

4. Melakukan 1 berikut : -
  •     -  memanah.
  •     -  memancing.
  •     -  kajian barang purba.
  •     -  kajian isi bumi.
  •     -  pemeliharaan alam sekitar. 

KUMPULAN IV - MASYARAKAT
1. Menyedia, memasak dan melayan.

2. Petunjukkan hiburan amatur.

3. Perkhidmatan dan menjalankan Malam Pengakap. 


KUMPULAN V - KEMAHIRAN BERPENGAKAP
1. Simpulan & ikatan : -
  1. Simpul Abah-abah (Manharness Knot)
  2. Lilit Tindih Kejap (Rolling Hitch)
  3. Simpul Ngah (Middleman's Knot)
  4. Tindih Kasih Air (Water Bowline)
  5. Ikatan Pengail (Fisherman's Knot)
  6. Sambat Mata (Eye Splice)
  7. Ikat Silang Tungku (Tripod/ Figure 8 Lashing)
2. Mendirikan pondok sementara.

3. Projek perintis.


E. PERKHIDMATAN
1. Rawatan dan Pertolongan Cemas ;
  1. Rawatan patah tulang.
  2. Usungan pesakit.
2. Kegunaaan kayu tuap.

3. Sistem pemulihan nafas mulut ke mulut.

3. Perkhidmatan 6 jam.

PLATFOM MEDIA SOSIAL 01 SEREMBAN TIMUR

TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM TELEGRAM