Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

KAJIAN MENGENAI KAWASAN TEMPATAN

SEREMBAN : DAHULU

Bandar Seremban merupakan salah satu mukim dalam Daerah Seremban dan Bandar Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan. Seremban terletak di barat semenanjung Malaysia. Seremban terbahagi kepada 7 mukin iaitu Mukim Bandar, Mukim Ampangan, Mukim Rasah, Mukin Seremban, Mukim Rantau, Mukim Pantai,  dan juga Mukim Labu.

Keluasan Daerah Seremban ini adalah kira-kira 14,355.32 hektar. Seremban  telah ditabdir dan diselenggara oleh Majlis Perbandaran Seremban. Seremban telah dinaik taraf dan telah diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Seremban pada 1hb. Mac 1979. Terdapat 18 kawasan yang bernaung dibawah Majlis Perbandaran Seremban iaitu Bandar Seremban, Rasah, Rasah Jaya, Rahang, Mambau, Senawang, Temiang, Lobak, Paroi, Bukit Chedang, Bukit Blossom, Seremban 2, Ampangan, Oakland, Bukit Kepayang, Kemayan dan yang terakhir ialah Sikamat. Menurut Majlis Perbandaran Seremban, penduduk Seremban kini dianggarkan memcecah hampir  500,00 orang.

Nama asal bandar Seremban ialah Sungai Ujung. Seremban juga dikenali sebagai Seng Hyang Ujung, Saing Ujung atau Semujung. Bandar seremban ini terletak di hulu Sungai Linggi yang merupakan sungai yang terbesar di negeri ini. Sungai ini mengalir di bahagian selatan Bandar Seremban tersebut. Seremban ialah ibu negeri Negeri Sembilan, yang terletak dalam daerah Seremban, salah satu daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan.

Seremban merupakan satu bandar yang muncul pada sekitar tahun 1870-an. Menurut sejarah,  Bandar Seremban ini telah muncul menerusi indusri perlombongan bijih timah sekitar tahun 1870-an. Migrasi daripada orang Arab, China dan juga bangsa lain telah merancakkan lagi pembangunan dan pembinaan Seremban ke arah sebuah bandar. Selain itu, Seremban ini juga tidak berkembang hanya kerana perlombongan bijih timah tetapi juga melibatkan perdagangan dimana Sungai Linggi telah digunakan oleh para peniaga sebagai laluan untuk pengangkutan perdagangan mereka dan penduduk tempatan Seremban pada ketika itu kebanyakannya adalah terdiri daripada golongan petani.

Mengikut maklumat, Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja pada tahun 1953  melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Pekara ini mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan 1950. Pada 22hb. Ogos 1953, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan. Suasana politik semasa di bandar Seremban telah menyebabkan Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering bertukar. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak. YAB. Dato' Menteri Besar Negeri Sembilan telah mengambil alih pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada tanggal 23hb. Julai 1965.

Pentadbiran bandar dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seremban.  Seremban terletak dalam 30 kilometer ke darat. Ia terletak dalam lembah Sungai Linggi, di kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Rupa buminya secara umumnya berbukit-bukau, dan tanahnya adalah tanah laterit merah, sesuai untuk peladangan getah dan kelapa sawit, dengan itu menjadikan Seremban sebagai pusat pertanian di Negeri Sembilan.

Sejak pembinaan Seremban, Sungai Linggi memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar ini. Ketika perlombongan bijih timah besar-besaran, Sungai Linggi merupakan jalan pengangkutan utama untuk pedagang bijih timah. Kini, ia merupakan sumber air utama di Seremban dan Negeri Sembilan.

Seremban mula dibangunkan ketika penemuan bijih timah pada 1870-an sama seperti bandar-bandar besar lain di Semenanjung Malaysia. Penemuan bijih timah di kawasan berdekatan iaitu Rasah menunjukkan kedatangan imigran Arab, Melayu dan Cina untuk bekerja di lombong ini dan berniaga. Penduduk Melayu tempatan kebanyakannya bekerja sebagai petani dan keberatan untuk menempuhi cabaran-cabaran baru. Kota Seremban memiliki kesamaan dengan kota Bukit tinggi.

Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong membangun bukan sahaja sebagai kawasan perlombongan tetapi juga pusat perniagaan. Sungai Linggi merupakan satu-satunya laluan keluar untuk mengangkut bijih dan bekalan keluar dan masuk bandar. Pendapatan tidak hanya datang dari dagangan bijih timah tetapi juga dari kutipan cukai yang banyak yang tidak disukai para pedagang dan kolonial British di pelabuhan terdekat iaitu di Melaka. 

Pembesar tempatan, Dato’ Kelana dan Dato’Bandar di Sungai Ujong berebut akan hak memungut cukai dan ketuanan dan penguasaan lombong-lombong tersebut. Kesengketaan tersebut membuka peluang kepada pengaruh Britih di Negeri Sembilan. Britih memihak kepada Dato’ Kelana setelah dijemput dan mengalahkan angkatan Dato’ Bandar yang kemudiannya dibuang ke Singapura.

Sebagai tanda penghargaan kepada British yang telah membantu beliau menang dalam peperangan tersebut, Dato’ Kelana tiada pilihan lain selain menerima Residen British yang menjadi penasihatnya yang tidak berkaitan agama dan adat Melayu. Kapten Murray dilantik sebagai residen pertama dan kemudian tinggal di Channer Road, yang kini dinamakan Jalan Dato' Siamang Gagap. Sejurus selapas itu, penduduk Rasah mula berpindah berdekatan Channer Road bagi menjamin keselamatan dan pentadbiran yang teratur. Begitulah serba sedikit mengenai sejarah Seremban ini.


SEREMBAN : KINI

Pada masa kini, pembangunan Seremban giat dijalankan dan Seremban adalah satu-satunya bandar yang berkembang secara berkembar. Pembangunan.penempatan komersial dan juga pentadbiran Seremban kini berkembang dengan pesat terutamanya di kawasan Seremban 2. Seremban 2 merupakan satu bandar baru yang sedang dimajukan di Seremban dan kawasan Seremban 2 ini terletak dikawasan yang strategik iaitu di seberang lebuh raya PLUS dan Seremban 2 dimajukan dengan terancang kerana sesuai dengan peranannya sebagai sebuah kawasan penempatan berkualiti dan juga sebuah bandar lestari.

Sesebuah bandar atau daerah mestilah mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik dan efisien. Dalam sistem pentadbiran bandar Seremban, terdapat sebuah organisasi yang menerajuinya iaitu Majlis Perbandaran Seremban (MPS). MPS telah ditubuhkan pada tahun 1978. Majlis Perbandaran ini diketuai oleh Yang DiPertua.

Kawasan pentadbiran MPS telah mengalami penstrukturan pada tahun 1998 apabila telah diperluaskan dari 40.9 batu persegi kepada 55.0 batu persegi. Kawasan-kawasan yang melibatkan Majlis Perbandaran Seremban ialah sebahagian besar mukim Bandar, Ampangan, Rasah, Seremban, Rantau, Pantai dan Labu. Penubuhan Majlis Perbandaran Seremban  memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran MPS. Antara perkhidmatan tersebut ialah perkhidmatan mengangkat sampah dan perkhidmatan pembersihan bandar. Selain itu,

MPS juga bertanggungjawab menyediakan dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan untuk penduduk seperti penyelenggraan jalan-jalan, longkang serta lampu jalan. MPS juga berperanan dalammenyediakan berbagai-bagai kemudahan sosial dan riadah seperti taman permainan kanak-kanak dan penyelenggaraan taman bunga. Mengawal kesihatan awam dengan melesenkan perniagaan, mencegah penyakit berjangkit dan mengawal pembinaan bangunan juaga merupakan salah satu tanggungjawab  MPS. Pihak MPS berusaha dalam menjalankan tanggungjawab mereka di samping , menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk di kawasan pentadbirannya.


PERKEMBANGAN EKONOMI DI SEREMBAN

Perkembangan ekonomi Seremban adalah pada tahap yang positif dimana tahap ekonomi Seremban kian meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini terjadi, kerana peningkatan kemajuan yang dimiliki oleh bandar berkenaan. Seremban telah mengalami perkembangan yang pesat dari tahun ke tahun dimana banyak aktiviti ekonomi yang berkembang di sana. Aktiviti ekonomi yang pesat di Seremban ini telah memberi impak yang positif kepada perkembangan serta kemajuannya.

Selain itu, kemudahan awan yang lengkap di Seremban juga telah menarik ramai orang untuk berkunjung ke bandar berkenaan. Kemudahan awan yang lengkap ini memberi impak yang positif kepada Bandar Seremban. Walaupun banyak peruntukan yang dibelanjakan untuk membina dan memperbaiki kemudahan awan, namun hal ini memberi impak yang positif kepada perkembangan ekonomi di Seremban. Kemudahan yang lengkap ini menarik perhatian para pelancong luar untuk memilih Seremban sebagai destinasi pelancongan mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat menjana ekonomi Seremban. Pelancong tempatan juga, tidak ketinggalan untuk memilih Seremban sebagai destinasi pelancongan mereka.

Di samping itu juga, keadaan politik yang stabil di Seremban juga menyumbang kepada perkembangan positif ekonomi di Seremban. Politik di Seremban pada ketika ini adalah dalam berkeadaan stabil tanpa ada pergolakan yang serius diantara pentadbir dan pemerintah. Politik yang stabil menyebabkan ramai pelabur yakin dan berani untuk melabur. Kehadiran para pelabur adalah merupakan pemangkin yang penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah kawasan.Pelaburan yang diterima secara tidak langsung dapat menjana ekonomi. Penjanaan ekonomi melalui pelaburan ini menjadi faktor kepada perkembangan positif pertumbuhan ekonomi di Seremban.

Kawasan Seremban mempunyai banyak kawasan-kawasan perumahan. Penduduk di sana banyak tertumpu di kawasan-kawasan perumahan. Pembukaan kawasan-kawasan perumahan yang baru juga telah menjana ekonomi di Seremban. Rumah-rumah telah dijual kepada pembeli yang rata-ratanya bekerja di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Hal ini berlaku adalah kerana, kos perumahan di Seremban jauh lebih murah berbanding di Kuala Lumpur mahupun Selangor. Penjualan rumah-rumah ini merupakan sumber ekonomi di Seremban.



KUALITI HIDUP SOSIAL DI SEREMBAN

Kualiti hidup sosial melambangkan kemajuan sesebuah negeri. Rakyat di bawah pemerintahan berhak memperolehi, memiliki dan menikmati kualiti hidup yang diperlukan. Antara kualiti hidup sosial yang diperlukan seperti pemilikan perumahan, alam sekitar, kemudahan infranstruktur dan kemudahan asas yang lain iaitu bekalan air bersih, bekalan elektrik, rangkaian jalan raya, peparitan, sampah sarap, kemudahan kesihatan, rekreasi serta perhubungan yang sekaligus memberi keselesaan dan kebahagian sepanjang kehidupan penduduk setempat. Antara isu-isu perbandaran dan kualiti hidup yang dihadapi oleh penduduk sejak kebelakangan ini adalah seperti masalah kesesakan lalu lintas, isu penyediaan kemudahan asas, isu perumahan dan lain-lain isu.

Pada tahun 2004, Mohamad mengemukakan konsep bandar Seremban sebagai satu bandar mewah dan selesa kepada mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini dapat membaiki sistem pengangkutan awam khususnya yang  menghubungkan Kuala Lumpur dengan Seremban. Hal ini kerana rumah sewa yang terdapat di Seremban jauh lebih murah berbanding dengan rumah sewa yang terdapat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Bangi. Maka berlakulah isu perumahan di bandar Seremban. Selain itu, bandar Seremban juga merupakan satu bandar besar yang berkembang secara berkembar. Di mana berlakunya petempatan, pembangunan dan pentadbiran di Seremban 2. Seremban 2 merupakan kawasan baru yang dibina bersebelahan dengan lebuhraya PLUS. Seremban 2 juga merupaka sebuah bandar terancam yang dibina bertujuan untuk petempatan berkualiti dan pembanguanan lestari.

Walaupun begitu, isu perumahan masih merupakan masalah yang berterusan tanpa penyelesaian yang konkrit. Isu perumahan menjadi satu isu yang besar di mana, kebanyakkan masalah yang berlaku di Seremban mempunyai hubungan dengan isu perumahan dan pangsapuri terbengkalai. Masalah ini memberi kesan buruk dari segi penglihatan kerana ia mencacatkan pemandangan yang berlaku di bandar Seremban. Selain itu, masalah perumahan terbengkalai juga menimbulkan kemarahan kepada pemilik premis yang lain kerana pembinaan teerbengkalai ini boleh menimbulkan pembiakan haiwan berbisa seperti ular.  Hal ini juga boleh menyebabkan masalah pembiakan nyamuk aedes kerana persekitaran pembinaan perumahan dan pangsapuri terbengkalai yang bersemak. Oleh sebab itu, premis yang terbengkalai ini menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes. Oleh sebab itu, bandar Seremban juga mencatatkan peningkatan kes denggi dan chikungunya.

Masalah perumahan yang berlaku di bandar Seremban tidak dapat diselesaikan sehingga ada daripada pembelinya telah meninggal dunia. Perkara ini kerana, pemaju mempunyai masalah seperti kekurangan modal untuk membayar pekerja yang membina perumahan tersebut.  Oleh sebab itu, ada sesetengah daripada penghuni bandar tidak mampu membeli rumah walaupun ditawarkan dengan harga termurah. Maka, mereka memilih untuk tinggal di kawasan setinggan kerana masalah kemiskinan. Tetapi masalah setinggan tidak berlaku di bandar Seremban walaupun terdapat masalah seperti pembinaan terbengkalai.

Seterusnya, masalah pembangunan yang tidak disusun pada peringkat awalnya telah menimbulkan kesan kepada kesesakan lalulintas di bandar. Pembangunan yang pesat telah menyebabkan kawasan bandar menjadi semakin sempit. Keadaan ini ditambah lagi dengan kegunaan kawasan bandar sebagai tempat kediaman, bangunan kedai dua tingkat dan juga kawasan rekreasi menyebabkan rangkaian jalan raya menjadi semakin sempit. Kesesakan lalulintas berlaku di bandar Seremban pada waktu-waktu kemuncak. Selain itu berlaku juga masalah ketidak cukupan ruang untuk meletak kenderaan.

Bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar Seremban pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) akan melaksanakan kerja naik taraf dua batang jalan di bandar ini iaitu Jalan Tun Dr. Ismail dan Jalan Tan Sri Manikavasagam. Bagi melaksanakan kerja membaiki jalan ini, kerajaan dijangka membelanjakan sebanyak RM 2 juta supaya masalah kesesakan tidak lagi berlaku Seremban.

Berdasarkan projek yang akan dilaksanakan skop utama projek ini ialah melebarkan jalan yang sedia ada dan menambahkan laluan dari dua lorong kepada empat lorong dan mewujudkan jalan dua hala. Selain itu, projek yang akan dilakukan juga bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan berkenaan. Oleh itu, projek ini juga dilakukan adalah bagi membaik pulih system perparitan dan saliran yang sedia ada. Tujuan projek ini diadakan adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar tersebut

Berdasarkan gambar diatas menunjukkan bahawa rangkaian jalan raya di sekitar bandar Seremban. Bandar Seremban mempunyai bangunan yang padat dan rangkaian pengangkutan yang sempurna. Walaupun begitu masih berlaku kesesakan lalu lintas di Bandar seremban sekiranya pada waktu kemuncak. Selain itu, sekiranya berlaku hujan lebat akan berlaku banjir kilat di kawasan tersebut.
         
Seterusnya, kualiti hidup yang terdapat di bandar Seremban adalah suasana kehijauan yang nyaman serta ditunjangi taman tasik di tengah-tengah kepesatan projek pembangunan. Suasana ini dapat dikekalkan kerana kerajaan negeri mempunyai dasar yang jelas berhubung dengan pelestarian alam sekitar. Semenjak Datuk Mohamad Hasan menjadi menteri besar Seremban pada tahun 2004, beliau telah mewartakan seluruh kawasan hijau sebagai kawasan tadahan hijau dan kawasan rekreasi.

Oleh sebab inilah faktor yang menyebabkan padang Majlis Perbandaran Seremban dapat dikekalkan malah dibaik pulih dari semasa ke semasa. Masyarakat dapat menikmati keindahan alam dengan bersiar-siar di kawasan sekeliling seperti di kawasan sekita jalan keliling, jalan singkat dan jalan taman bunga dengan dikelilingi oleh pohon-pohon besar, kicauan ungas dan kehijauan yang memberi ketenangan kepada masyarakat. Perkara seperti ini membuatkan kita lupa bahawa kita berada di sebuah bandar.
         
Bandar Seremban menjadikan inisiatif mesra alam sebagai salah satu komponen kepada teras pembangunan. Selain daripada kehijauan pepohon dikekalkan konsep mesra pelancong, indah dan bersih diwujudkan. Kebanyakan taman rekreasi baru dibina dan yang sedia ada dibaikpulih supaya kelihatan lebih menarik dan selesa. Antara kawasan rekreasi yang baru dibina adalah Dataran Seremban. Dataran Seremban dibina berhadapan dengan kawasan perhentian bas bagi memudahkan masyarakat bersantai sebelum waktu pelepasan.
         
Seterusnya terdapat juga perkhidmatan bas yang terdapat di bandar bagi memudahkan masyarakat menuju ke pusat bandar tanpa memikirkan masalah letak kereta. Ini dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dan masyarakat tidak perlu memikirkan tempat letak kereta. Sebagai contoh, Hospital Tunku Jaafar menyediakan perkhidmatan bas shuttle bagi memudahkan penduduk untuk mendapatkan rawatan di hospital tersebut. Selain daripada dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas penduduk juga tidak perlu memikirkan tentang masalah untuk meletakkan kenderaan. Hal ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara dan sekaligus dapat mengurangkan penggunaan bahan api fosil.
         
Kesimpulannya, kualiti hidup sosial masyarakat di Seremban mempunyai kebaikan dalam membangunkan Seremban sebagai bandar lestari. Walaupun begitu, dalam menjadikan bandar Seremban sebagai bandar lestari masih terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan seperti pembangunan yang terbengkalai. Oleh itu, kualiti hidup masyarakat di Seremban berada pada tahap yang baik


ISU-ISU KETERANCAMAN BANDAR DI SEREMBAN

Menurut kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS) banyak sumber bekalan air bersih di negara ini kini tidak lagi bersih akibat dicemari sampah sarap, sisa toksik, kumbahan manusia dan haiwan yang didalangi pihak tidak bertanggungjawab. Mengikut laporan baru-baru ini, ada 400 sungai di negara ini dalam keadaan teruk tercemar, sekali gus menimbulkan persoalan sejauh mana kualiti dan tahap kebersihan sumber bekalan air bersih yang digunakan setiap hari.

Di Negeri Sembilan, kajian JAS mendapati, kira-kira 90 peratus sungai di negeri Adat Perpatih ini tercemar dengan Sungai Linggi sebagai yang paling kritikal. Antara punca utama pencemaran sungai itu dikatakan dari Pasar Besar Seremban apabila pelbagai sisa dibuang ke Sungai Temiang yang mengalir masuk ke Sungai Linggi.

Pencemaran tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan peniaga, terutama peniaga ayam yang tidak mengambil berat kebersihan apabila mengalirkan kekotoran, terutama air sembelihan terus ke Sungai Temiang. Selain itu, sungai sepanjang sembilan kilometer itu juga kerap menjadi sebutan dan sering dipersalahkan setiap kali hujan lebat kerana menjadi sungai itu menjadi punca banjir kilat yang melanda bandar Seremban.

Akibat daripada pencemaran ini sungai tersebut dipenuhi dengan sampah sarap, kelodak dan mengalami hakisan tanah. Segala “khazanah” yang dibuang itu, telah menyebabkan sungai terbabit kian lama kian cetek dan airnya terus mengalir lesu hingga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat. Tambahan pula, banyak gerai makan di dalam kawasan pasar akan terganggu jika aktiviti penyembelihan terus dilakukan di situ dan kesannya ia bakal memberikan suasana jijik dan mual kepada pengunjung yang berkunjung untuk makan di gerai makanan tersebut.

Oleh itu, beberapa pendekatan telah diambil oleh pihak berkuasa untuk membersihkan kawasan tersebut. Contoh pendekatannya ialah Majlis Perbandaran Seremban (MPS), sudah memutuskan bahawa hanya ayam yang sudah diproses boleh dijual di pasar terbabit tetapi MPS tidak membenarkan lagi kegiatan penyembelihan ayam dilakukan di situ. MPS juga mengeluarkan dua notis kepada peniaga ayam untuk memastikan mereka mematuhi peraturan baru yang telah diperkenalkan.

Selain itu, Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Seremban telah mencadangkan supaya MPS dapat memasang mesin khas bagi mengitar semula air sembelihan kerana peniaga terpaksa menanggung peningkatan kos sekiranya ayam dijual di pasar tersebut tetapi diproses di tempat lain. Mereka juga mencadangkan supaya MPS memasang perangkap bagi menghalang pengaliran sisa sembelihan seperti bulu ayam atau bahagian ayam yang lain (Hussain Said, 2009).
           
Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 Julai 2009 juga telah melaporkan beberapa langkah lain yang telah dilakukan oleh penduduk kawasan sekitar untuk memastikan Sungai Temiang kembali bersih dan indah. Antara aktiviti tersebut ialah mengadakan Program Satu Negeri, Satu Sungai yang membabitkan aktiviti gotong-royong dalam kalangan penduduk sekitar Sungai Temiang.

Fokus program ini ialah untuk memastikan kualiti air sungai di Negeri Sembilan mencapai Kelas 2 daripada Kelas 3 terutamanya di kawasan Sungai Temiang. Program ini telah dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri serta Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri.


MASALAH GANGGUAN AIR DIMUSIM PERAYAAN

Masalah gangguan bekalan air atau kekurangan bekalan air di musim perayaan merupakan masalah biasa bagi penduduk Malaysia khususnya di Seremban. Namun begitu, apabila gangguan bekalan air kerap kali berlaku dan mengambil tempoh masa yang lama untuk pulih kembali ia mula membuatkan penduduk resah dan mengadu menghadapi masalah.

Hal ini kerana manusia normal memerlukan kira-kira 55-57 peratus air daripada berat badan dan air mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.

Pendek kata, manusia yang normal memang memerlukan bekalan air bersih yang mencukupi dalam kehidupan seharian dan gangguan bekalan air boleh memberi ancaman kepada manusia. Oleh itu, pihak berkuasa telah mengambil beberapa pendekatan untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air dan kekurangan air terutamanya di musim perayaan. Salah satu pendekatan yang dilakukan ialah mengadakan skim bekalan air Triang bagi daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Sumber : http://salju-teratakkasih.blogspot.my/2011/11/isu-isu-keterancaman-bandar-seremban.html

PLATFOM MEDIA SOSIAL 01 SEREMBAN TIMUR

TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM TELEGRAM