Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

LENCANA MAJU

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti ilmu kawad tongkat, istiadat bendera, pertolongan cemas dan sebagainya.

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Usaha dan DUA (2) Lencana Kepandaian - Kategori Kegemaran.

Untuk lulus Lencana Maju seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : - 

A. CITA-CITA PENGAKAP 
1. Organisasi Kumpulan, PPM Daerah & PPM Negeri.

2. Melukis bendera semua negeri Malysia. 

3. Nama penuh Ketua Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah & Penolong Pesuruhjaya Daerah. 

4. Undang-undang Pengakap. 


B. KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI
1. Latihan asas perbarisan. 

2. Kawat tongkat. 

3. Upacara mengibarkan dan menurunkan bendera. 

4. Memanjat tali / pokok setinggi 5 meter. 


C. KEMAHIRAN BERPENGAKAP 
1. Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak dan gergaji. 

2. Teknik menggunakan kapak. 

3. Simpulan & ikatan : - 
  1. Tindih Kasih Ganda (Double Bowline)
  2. Belit Lucut (Highwayman's Hitch)
  3. Lilit Pasdul (Marline Spike Hitch)
  4. Simpul Kerusi (Fireman's Chair Knot)
  5. Lilit Pemati Selit (Lilit Pemati Selit)
  6. Simpul Kepala Lalat (Crown Knot)
  7. Sambat Balik (Back Splice)
  8. Ikat Silang Gunting (Sheer Lashing) 
4. Memasak masakan rimba. 
  1. Menghidupkan api.
  2. Roti Lilit.
  3. Ikan.
5. Model projek perintis. 

6. Kajian 1 perkara berikut : - 
  1. Burung, binatang dan pokok tempatan.
  2. Lawatan bangunan / kawasan penting. 
  3. Kawasan tempatan. 
7. Berkhemah tidak kurang daripada 8 malam. 

8. Langkah keselamatan berenang. 

9. Langkah keselamatan kegiatan kerja luar. 

10. Melakukan 2 perkara berikut : - 
  1. Dapur gas, lampu gas / dapur minyak tanah. 
  2. Keperluan berkhemah. 
  3. Memasak untuk 2 orang. 

D. PENGEMBARAAN
1. Jenis kompas dan membaca bereng.

2. Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta.

3. Mengembara 16km dengan berjalan kaki dalam patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis pengembaraan dalam buku log.

4. Ikhtiar hidup. 


E. PERKHIDMATAN 
1. Balutan- kepala, lutut dan lengan.

2. Tindakan kecemasa. 

3. Memanggil Polis, Bomba dan Ambulan. 

4. Khidmat sukarela. 

PLATFOM MEDIA SOSIAL 01 SEREMBAN TIMUR

TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM TELEGRAM