A. MATLAMAT
1. Melatih menyelesaikan tugasan dengan bertanggungjawab.
2. Meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kehidupan berkhemah.
3. Memberi peluang mempraktikkan segala kemahiran.
4. Melatih Berdikari.
5. Mengeratkan tali persaudaraan antara pengakap mahupun di antarabangsa
6. Menggalakkan mendapat lencana-lencana kemajuan dan kepandaian.
7. Menyedarkan pengakap agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Tuhan.
B. PERANCANGAN AWAL
1. Pemilihan tempat atau tapak hendaklah berdasarkan :
- Objektif perkhemahan.
- Bilangan peserta.
- Tempoh perkhemahan.
- Kemudahan asas yang ada dan diperlukan.
2. Ciri-ciri tapak atau kawasan yang sesuai :
- Mendapatkan kebenaran dan maklumat.
- Kemudahan asas seperti pengangkutan dan bekalan air.
- Banyak bahan baker.
- Kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta
- Tiada gangguan bahaya.
- Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan.
- Hutan yang tidak terlalu terlidung daripada cahaya matahari.
- Tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumput.
3. Ciri-ciri lain yang perlu diperhatikan
- Cuaca dan arah angin.
- Dahan atau pokok yang reput.
- Tebing runtuh atau batu besar yang bahaya.
- Kawasan yang mudah dinaiki air atau banjir.
4. Pembentukan Ahli Jawatankuasa
- Mengikut keperluan program.
5. Merancang program
- Pemilihan kawasan yang sesuai
- Keselamatan terjamin.
- Bersesuaian dengan objektif.
- Berkaitan setiap aktiviti.
- Mengembirakan peserta .
- Keseimbangan masa.
- Persiapan peralatan.
6. Aktiviti yang dirancang dalam bentuk
- Penilaian
- Pengujian
- Pertandingan / kuiz
- Berhalangan
7. Merancang makanan
- Tempoh perkhemahan.
- Mempunyai sumber air yang bersih.
- Cara memasak berpusat atau latihan memasak.
- Memerlukan makanan basah jika berdekatan kedai atau pasar.
- Memerlukan makanan dalam tin jika jauh dari kedai atau pasar.
8. Surat-menyurat
- Surat kebenaran.
- Surat keselamatan.
- Surat pemberitahuan dll.
9. Persiapan Untuk Menghadiri Perkhemahan
- Tempat yang hendak dituju.
- Hari dan masa bertolak.
- Tempat berkumpul.
- Kelengkapan yang perlu disediakan oleh setiap individu dan kumpulan.
- Pengangkutan yang digunakan.
- Pembahagian tugas.
10. Semasa hendak berangkat perlu memeriksa dan meneliti
- Maklumat atau keterangan daripada ibubapa / penjaga telah diperolehi dan lengkap.
- Semua peserta berada dalam keadaan sihat.
- Kelengkapan peralatan individu dan kumpulan dalam keadaan baik.
- Memakai pakaian seragam pengakap.
11. Semasa tiba di tapak perkhemahan
- Menghubungi orang berkenaan.
- Mendapatkan sedikit maklumat.
- Memeriksa kawasan sebelum mendirikan khemah.
12. Sepanjang perkhemahan
- Semua peserta terlibat secara langsung dalam program.
- mengetahui segala peraturan.
- Digalakkan melibatkan penduduk kampong seperti program gotong-royong
13. Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan
- Perlukan ada mesyuarat khas.
- Meruntuhkan khemah dan binaan seperti gedjet.
- Membersihkan kawasan perkhemahan.
- Mengemaskan dan menyemak keperluan peribadi dan kumpulan.
- Memastikan tiada bara api.
- Menimbus lubang yang dibuat.
14. Penyediaan Kelengkapan dan Peralatan (bergantung kepada tempoh masa perkhemahan, aktiviti dan bilangan peserta)
Keperluan peribadi
- Pakaian seragam
- Baju-T
- Pakaian sukan / pakaian beribadat
- Selipar / kasut
- Duit poket
- Berus gigi dan ubat gigi
- Sabun mandi dan sabun basuh
- Ubat peribadi
- Kompas / Wisel
- Mancis
- Pisau dan parang
- Lampu suluh
- Tali
- Alat tulis
- Sudu dan garpu
- Pinggan, mangkuk dan cawan atau gelas.
- Bekas air
- Perkakas memasak
- Tikar
- Dan lain-lain
15. Keperluan Kumpulan
15. Keperluan Kumpulan
- Khemah
- Cangkul
- Tali
- Parang / Kapak / Pisau / Gergaji
- Tukul besi
- Lampu gasoline atau lain-lain.
- Ubat nyamuk
- Dapur minyak atau lain-lain
- Mancis
- Baldi
- Bendera kumpulan
- Lilin
- Dan lain-lain
16 Keperluan Memasak (sekiranya dibawa oleh individu atau kumpulan)
- Pisau ( pelbagai jenis ) / Parang kecil
- Kuali / Cerek
- Baldi / Besen
- Papan cincang
- Penapis
- Pencedok air
- Kain pencuci / Kain pelapik
- Pembuka tin
- Tali
- Span / Serbuk pencuci
- Berus dawai / sabut
- Beras
- Rempah-ratus
- Bahan mentah
- Bahan-bahan lain
17. Mendirikan Khemah
Ciri-ciri yang perlu diketahui
- Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam bagi khemah yang tidak berpintu. Pastikan cahaya tidak terus memancar ke dalam khemah.
- Didirikan berlawan dengan arah tiupan angin bagi mengelakkan hujan masuk ke dalam khemah tetapi boleh mengadap tiupan angin ketika musim panas.
- Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah yang rata atau lereng bukit atau pergunungan.
- Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah tumbang dan juga jangan mendirikan di tempat yang berumput tebal dan dipenuhi lalang supaya mengelakan serangga atau binatang berbisa.
- Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai melakukan aktiviti pada siang hari.
18. Mendirikan Khemah
- Bersihkan kawasan tapak khemah.
- Tentukan arah tiup angina, kemudian dirikan khemah.
- Ukur saiz panjang khemah diatas lantai, tanam kedua-dua batang tiang khemah.
- Naikkan khemah, pasang bumbung dan tiang dengan betul.
- Ketuk pancang dan ikat tali dari kedua-dua batang tiang ke pancang.
- Kemudian barulah ikat dengan tegang tali khemah pada kedua-dua belah tepi khemah ke pancang.
- Setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling khemah untuk mengelakkan air hujan bertakung.
- Kemudian taburkan serbuk belerang ( sulfur ) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang bias memasuki khemah pada waktu malam.
19. Menurunkan Khemah
19. Menurunkan Khemah
- Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah.
- Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah.
- Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang di taman.
- Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada khemah.
- Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari.
- Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angina dan tali khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam.
- Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter.
- Khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di pertengahan jalan.
- Bersihkan kawasan perkhemahan