Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Selasa, 21 Februari 2017

SELAMAT HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA!

22 Februari 1857 - 8 Januari 1941
Bahawa Dengan Sesungguhnya ... Saya Berjanji Dan Bersetia ...
Yang Saya ... Dengan Seberapa Daya Upaya Saya ... Akan ...

Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara,
Menolong Orang Pada Setiap Masa,
Menurut Undang-Undang Pengakap.


Isnin, 20 Februari 2017

TUAN SHAFIZAN SHAHRIMAN DIKURNIA PINGAT JASA KEBAKTIAN


PPM 01 Seremban Timur ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua Pemimpin Pengakap SMK King George V Seremban, Tuan Shafizan Shahriman di atas pengurniaan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan pada 14hb. Februari 2017 yang lalu.

Khamis, 16 Februari 2017

MAKLUMAN : PERJUMPAAN MINGGUAN SABTU

Sukacita dimaklumkan bahawa satu perjumpaan mingguan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:


Tarikh:
25hb. Februari 2017 (Sabtu)

Masa:
0800 pagi - 1200 tengahari

Lokasi:
Dataran Perhimpunan

Kehadiran:
Semua ahli Pengakap 01 Seremban Timur

Pakaian:
Seragam lengkap Pengakap

Keperluan:
Ahli tingkatan 1 - Buku log keahlian dan usaha
Ahli tingkatan 2 - Buku log keahlian, usaha dan maju
Ahli tingkatan 3 - Buku log lencana keahlian, usaha, maju dan jaya
Ahli tingkatan 4 - Seperti ahli tingkatan 3 TERMASUK buku-buku log 5 lencana tertinggi
Ahli tingkatan 5 - Seperti ahli tingkatan 3 TERMASUK buku-buku log 5 lencana tertinggi


Rabu, 15 Februari 2017

PERJUMPAAN MINGGUAN RABU

Tarikh : 15/02/2017 (Rabu)
Masa : 03.00 petang hingga 4.30 petang
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMK KGV & Dewan Tuanku Muhriz
Pengakap Bertugas : Calon Pengakap Raja & Calon Anugerah Rambu Pengakap Muda
Pemimpin Bertugas : Tuan Shafizan Shahriman

Hari ini Pengakap SMK KGV telah ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti ko-kurikulum untuk semua unit berunifom.

Majlis bermula tepat jam 3.00 petang dengan ucapan pembukaan dari pengacara majlis Azib Zikry. Selepas itu nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan bacaan doa oleh Haffiz Ariffin. Selepas itu beliau menjemput Tuan Shafizan Shahriman untuk menyanpaikan sepatah dua kata serta menerangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan.

Selepas itu, semua unit berunifom diarahkan masuk ke dalam Dewan Tuanku Muhriz untuk aktiviti ikatan dan simpulan. Taklimat dan demonstrasi telah disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri Unit Komunikasi, Tuan Khairul Nizam Jamaluddin dan turut dibantu oleh semua calon Pengakap Raja dan juga calon Anugerah Rambu Pengakap Muda.

Rabu, 1 Februari 2017

ISTIADAT MENINGKAT NAIK DAN PEMBAHAGIAN PATROL

Tarikh : 01/02/2017 (Rabu)
Masa : 03.00 petang hingga 4.30 petang
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMK KGV
Pengakap Bertugas : Semua ketua patrol
Pemimpin Bertugas : Tuan Shafizan Shahriman

Perjumpaan mingguan kali ini bermula pada jam 3.00 petang dengan semua ahli yang hadir seramai 120 orang merangkumi ahli dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 berbaris mengikut tingkatan di hadapan pentas anugerah dan diberi penerangan yang ringkas dan padat mengenai Pengakap SMK King George V oleh Ketua Pemimpin Pengakap 01 Seremban Timur, Tuan Shafizan Shahriman.

Beliau menyentuh mengenai pakaian seragam, buku log, sistem berpatrol, aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum serta pencapaian-pencapaian di dalam pertandingan peringkat daerah, negeri dan antarabangsa termasuklah kejayaan melahirkan 3 orang Pengakap Raja pada tahun 2016.

Selepas itu beliau mengarahkan ahli tingkatan 1 yang pernah menyertai Pengakap semasa bersekolah rendah sebagai Pengakap Kanak-Kanak membuat barisan dihadapan beliau untuk melaksanakan Istiadat Meningkat Naik.

PLATFOM MEDIA SOSIAL 01 SEREMBAN TIMUR

TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM TELEGRAM