MENGAPA ANDA PATUT MENDAFTARKAN ANAK SEBAGAI AHLI PENGAKAP 01 SEREMBAN TIMUR?PPM01ST
Dengan mendaftarkan anak anda sebagai ahli Pengakap 01 Seremban Timur, anda membukakan peluang untuk mereka merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan melebihi suasana pembelajaran yang terdapat di sekolah. Oleh kerana inilah, BerPengakap seringkali digelarkan sebagai pendidikan tidak formal.PPM01ST
BerPengakap, yang sudah wujud sejak tahun 1907, dan tahun 1908 di Malaysia, mensasar kepada pertumbuhan remaja secara fizikal, kecerdasan, kerohanian, emosi dan perhubungan. Anak anda di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Seremban boleh diterima masuk sebagai ahli Pengakap 01 Seremban Timur sejak dari usia 13 tahun dan boleh terus BerPengakap mengikut peringkat Pengakap sehinggalah mereka tamat alam persekolahan.PPM01ST
BerPengakap menekankan alam semulajadi, aktiviti lasak, kewarganegaraan, kepimpinan dan sudah semestinya keseronokan.PPM01ST
Bermula dari Pengakap Muda dan ke atas, anak-anak anda akan diberikan lebih peluang untuk berinteraksi di dalam sebuah kumpulan yang kecil ataupun patrol (di bawah pemerhatian pemimpin) demi untuk mengasah bakat kepimpinan mereka.PPM01ST
PEMIMPIN PENGAKAPPPM01ST
Pemimpin Pengakap kebiasaannya adalah sukarelawan, kebanyakannya terdiri dari para guru dan ibubapa kepada Pengakap sendiri, yang mempunyai minat untuk mengembangkan kebolehan anak-anak ini. Para Pemimpin telah melalui berbagai ujian pemilihan dan latihan. Semua bakal pemimpin telah diawasi dan dilatih sepenuhnya sebelum mereka boleh memimpin anak-anak secara bersendirian.PPM01ST
BAGAIMANA SAYA MAHU MEMBABITKAN DIRI SEBAGAI IBUBAPA?PPM01ST
Jika anda pernah menjadi seorang ahli Pengakap maupun Pandu Puteri suatu ketika dahulu, anda pasti akan mengingati keseronokan berkhemah di dalam hutan, kisah kisah seram yang diceritakan di malam perkhemahan, dan kebanggaan diri apabila pulang dari perkhemahan kerana telah berjaya mengharungi sebuah lagi perkhemahan yang penuh dengan rintangan dan cabaran.PPM01ST
Mungkin anda masih lagi mengingati cara cara untuk membuat simpulan buku sila ataupun cara untuk menyalakan api yang penuh dengan gelak ketawa. Dan anda pasti tidak boleh lupa dengan ayat ayat seperti 'buat habis baik', 'selalu bersedia', 'pandang luas' ataupun 'menolong orang setiap masa' bukan?PPM01ST
Anda pasti mahukan anak anda merasai keseronokan yang anda pernh lalui serta mendapat pengalaman yang anda tempuhi. Walaupun, jika semua ini adalah perkara baru untuk anda, anda pasti akan mendapati BerPengakap akan mendatangkan keseronokan kepada anda dan anak anda.PPM01ST
BerPengakap bukanlah sekadar anda menghantar anak anda untuk menyertai aktiviti sekolah. Ianya adalah peluang untuk anda membesar bersama anak anda dan ianya akan memberikan pengalaman yang sangat hebat buat anda dan anak anda.PPM01ST
Anda akan tahu bahawa anak anda di dalam keadaan yang baik. Pemimpin yang terlatih akan memimpin dan membantu mereka. Melalui Pengakap 01 Seremban Timur, mereka memiliki akses untuk lebih banyak peluang dan pengalaman yang lebih luas. Mereka akan belajar. Mereka akan seronok. Mereka akan matang!PPM01ST
Mereka juga akan menjadi sebahagian daripada sebuah pertubuhan antarabangsa yang telah terbukti mempunyai program yang direka khas untuk membantu mereka berhadapan dengan masyarakat sebagai seorang individu yang bertanggungjawab dan berguna.PPM01ST
Untuk segala yang anda dan anak anda akan dapat melalui BerPengakap, belanjanya sangatlah kecil. Anak anda hanya perlu membayar yuran tahunan yang rendah dan dari semasa ke semasa, mugkin akan ada bayaran tambahan (yang minima) untuk menyertai kegiatan seperti perkhemahan, perkhemahan ujian lencana ataupun Jambori. Pakaian seragam adalah diwajibkan dan boleh dibeli dari mana mana penjual pakaian seragam sekolah.PPM01ST
ANDA BOLEH MEMBANTU DENGAN ...PPM01ST
- Menunjukkan minat serta galakan anda.
- Menyediakan pengangkutan untuk aktiviti.
- Membantu menambahkan tabung kewangan.
- Meluangkan masa anda menyertai aktiviti Pengakap 01 Seremban Timur.
BerPengakap adalah satu cara yang baik untuk anak-anak berseronok. BerPengakap juga adalah satu cara yang baik untuk membantu mereka membesar sebagai individu yang berkebolehan dan berkeyakinan.PPM01ST
BerPengakap membantu anak-anak melalui:PPM01ST
- PEMBELAJARAN menerusi cara yang seronok dan lasak
- PEKEMBANGAN kebolehan dan minat yang baru
- PERKONGSIAN bersama rakan sebaya
- PERTOLONGAN kepada orang lain
- PERKHIDMATAN kepada masyarakat
- BEKERJASAMA dalam pasukan
- MENIKMATI kehidupan alam semulajadi
- KEYAKINAN terhadap diri sendiri
- BERTANGGUNGJAWAB kepada amanah yang diberi
- KEKREATIFAN akal fikiran
- KEPERCAYAAN terhadap diri sendiri
Ingat ... walau bagaimana hebat pun seseorang Pemimpin itu, beliau pasti tidak boleh melakukannya sendiri!PPM01ST
Jadi ... jangan biarkan anak anda sahaja mendapat keseronokan ini ... libatkan diri anda dengan kegiatan Pengakap 01 Seremban Timur hari ini juga!PPM01ST