Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

MEMASAK UNTUK 2 ORANG

MENGHIDUPKAN API


A. BAHAN-BAHAN
1. Daun kering
2. Ranting
3. Kayu kering yang besar
4. Rumput kering/kulit kayu yang kering dan lembut


B. CARA PENYEDIAAN
1. Guna ranting- ranting atau dahan-dahan kayu kering. Beberapa batang kayu disusun selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan menghalang kelancaran pembakaran

2. Kayu yang baru dipotong atau  yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai sebagai bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup kering dan pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak. 

3. Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada ranting-ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun daun-daun kering.

4. Tindihkan kayu yang semakin besar saiznya apabila api mula menyala. Kayu ini ada baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan peredaran udara.

5. Pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.



ROTI LILIT

A. BAHAN-BAHAN
1. Tepung gandum
2. Garam
3. Gula
4. Air
5. Ranting kayu atau buluh yang telah dibelah dan dibersihkan
6. Bara unggun api


B. CARA PENYEDIAAN
1. Adunkan tepung dengan air, gula dan garam sehingga sebati dan boeh dibentuk
2. Bentukkan adunan memanjang lebih kurang sebesar ibu jari
3. Lilitkan adunan pada ranting kayu atau buluh dengan kemas dan pastikan adunan melekat ke kayu atau buluh.
4. Bakar di atas bara api hingga garing




IKAN

A. BAHAN-BAHAN
1. Ikan (dibersihkan dan dibelah dua kemudian dilumur dengan garam & kunyit)
2. Garam dan gula secukupnya
3. Bawang merah 2 biji
4. Bawang putih 4-5 biji
5. Halia seinci
6. Serai 2 batang dihiris
7. Cili kering 5 keping

(bahan-bahan nombor 3 hingga nombor 7 ditumbuk hingga sebati)


B. CARA PENYEDIAAN
1. Tumis bahan-bahan nombor 3 hingga nombor 7 yang telah ditumbuk
2. Masukkan garam dan gula secukupnya
3. Masak sehingga pecah minyak
4. Lumurkan bahan-bahan yang selesai ditumis ke dalam belahan ikan
5. Balut ikan menggunakan daun pisang atau kertas aluminium dan letakkan di atas bara sehingga masak.

PLATFOM MEDIA SOSIAL 01 SEREMBAN TIMUR

TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM TELEGRAM