Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

MENAIKKAN BENDERA

ADAB DAN TERTIB

1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.

2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.

3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.

4. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.

5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.

6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.

8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian Negara.

9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera  yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut


TATACARA MELIPAT BENDERA

1. Dua (2) orang  petugas diperlukan semasa melipat satu bendera.

2. Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan bendera tidak terbalik.

3. Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan bendera).

4. Bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap. 

5. Belitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian bawah ke dalam lipatan tersebut.

6. Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera.


ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA

1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera

2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera

3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia.

4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.

5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat

6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”,

7. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera.

8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan.

9. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti  oleh semua pemimpin serta pengakap lain .

10. Selesai memberi hormat, pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya.

11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu 'Pengakap Malaysia', Persetiaan Pengakap dan doa berturutan.

12.  Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan ucapan ringkas.

13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli pengakap untuk 'senang diri'.

14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.

15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain.

16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya.

17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin.

18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli..