Hormat Pengakap diberikan di dalam keadaan berikut:
1. Semasa menemui pengakap lain samada dalam dan luar negeri sebagai tanda persaudaraan dan penghormatan.
2. Semasa menemui pemimpin, penolong pemimpin pengkap dan ketua patrol.
3. Semasa di dalam istiadat –istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
4. Setelah selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.
Cara hormat pengakap dilakukan adalah dengan membuat isyarat Pengakap dan dirapatkan hampir dengan kening mata kanan.