Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Selasa, 27 Februari 2018

LAPORAN UJIAN LENCANA KEAHLIAN SIRI 1 TAHUN 2018

Tarikh: 25/02/2018 (Ahad)
Masa: 2.00 - 6.00 petang
Lokasi: Dataran Anugerah, SMK KGV
Kehadiran Pemimpin: 3 orang
Kehadiran Ahli: 21 ahli Pengakap Muda, 4 ahli Pengakap Remaja & 5 Pengakap Raja SMK KGV 2017

Ahli Bertugas : Haffiz Ariffin (Pengakap Bertugas), Amir Sira (Bendera), Afiq Jamaluddin (Persetiaan) & Izza Nur Alisha (Doa)

Program bermula dengan Istiadat Menaikkan Bendera tepat jam 2.00 petang.  Selepas itu, dalam ucapan dari Pemimpin Bertugas iaitu Tuan Aziz Wahab, beliau mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli yang sanggup mengorbankan masa rehat mereka untuk datang mengambil ujian pada petang ini.

Isnin, 26 Februari 2018

JAMBORI PENGAKAP DUNIA KE 42, AMERIKA SYARIKAT


JAMBORI PENGAKAP DUNIA KE 42, AMERIKA SYARIKAT

Tarikh
22 Julai - 2 Ogis 2019

Lokasi
Summit Bechtel Reserve, Virginia Barat, Amerika Syarikat

Ahli yang berminat untuk menyertai sila maklumkan kepada Tuan Shafizan Shahriman SELEWATNYA 14 (EMPAT BELAS) hari sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam surat jemputan di bawah.

Ahad, 25 Februari 2018

PERKHEMAHAN PENGAKAP ANTARABANGSA JOGJA, INDONESIA 2018


PERKHEMAHAN PENGAKAP ANTARABANGSA JOGJA, INDONESIA 2018

Tarikh
3 - 8 September 2018

Lokasi
Kem Rama Shinta Park, Yogyakarta, Indonesia

Ahli yang berminat untuk menyertai sila maklumkan kepada Tuan Shafizan Shahriman SELEWATNYA 14 (EMPAT BELAS) hari sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam surat jemputan di bawah.


Sabtu, 24 Februari 2018

PERKHEMAHAN SAHABAT PENGAKAP ANTARABANGSA, MONGOLIA 2018


PERKHEMAHAN SAHABAT PENGAKAP ANTARABANGSA, MONGOLIA 2018

Tarikh
15 - 22 Julai 2018

Lokasi
Naimramdal International Children Complex, Mongolia

Ahli yang berminat untuk menyertai sila maklumkan kepada Tuan Shafizan Shahriman SELEWATNYA 14 (EMPAT BELAS) hari sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam surat jemputan di bawah.


Jumaat, 23 Februari 2018

JAMBORI PENGAKAP SELATAN, THAILAND 2018


JAMBORI PENGAKAP SELATAN, THAILAND 2018

Tarikh
3 - 7 April 2018

Lokasi
Stadium Utama, Taman Srinakarintra, Daerah Muang, Pattani, Thailand

Ahli yang berminat untuk menyertai sila maklumkan kepada Tuan Shafizan Shahriman SELEWATNYA 14 (EMPAT BELAS) hari sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam surat jemputan di bawah.

Khamis, 22 Februari 2018

SELAMAT HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA!

22 Februari 1857 - 8 Januari 1941


Bahawa Dengan Sesungguhnya ... Saya Berjanji Dan Bersetia ... 
Yang Saya ... Dengan Seberapa Daya Upaya Saya ... Akan ...

Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara,
Menolong Orang Pada Setiap Masa,
Menurut Undang-Undang Pengakap.



Bermula dengan usaha mengumpulkan budak-budak terbiar dan melepak, kemudiannya mengadakan perkhemahan pertama di Pulau Brownsea pada tahun 1907, telah berjaya menarik minat kanak-kanak dan remaja untuk mendewasakan diri dan berdikari.


Tahun perkhemahan pertama itulah bermulaya Sejarah Pengakap Dunia yang dipelopori oleh Lord Baden Powell of Gilwell (1857-1941) atau lebih mudah disebut sebagai BP.


Walaupun BP sudah meninggal pada tahun 1941, tetapi jasanya mendisiplinkan kanak-kanak dan remaja melalui ilmu kePengakapan tetap dikenang. Tarikh lahirnya pada 22 Februari telah dijadikan Hari Pengasas Pengakap di seluruh dunia. 


Selamat Menyambut Hari Pengasas Pengakap Sedunia kepada seluruh Warga Pengakap Malaysia!

Dari
PPM 01 Seremban Timur
SMK King George V Seremban

Selasa, 13 Februari 2018

[PERTUKARAN MASA] UJIAN LENCANA KEAHLIAN #PENGAKAP01 SIRI 1 2018


Tarikh:
25 Februari 2018 (Ahad)

Masa:
2.01 petang - 6.01 petang

Lokasi:
Dataran Anugerah


PERINGATAN:

Ahli2 yg ingin menyertai ujian ini adalah *WAJIB* berpakaian seragam lengkap Pengakap serta membawa bersama  buku log Lencana Keahlian yg lengkap. TIADA sebarang bayaran dikenakan. Ahli digalakkan untuk membawa bekalan makanan/minuman sendiri.

Calon2 yang lulus akan melalui ISTIADAT MELANTIKMereka juga secara OTOMATIK layak ke "Kem Lencana Usaha & Maju #PENGAKAP01 2018" yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ahad, 4 Februari 2018

LAPORAN PERJUMPAAN 'PERSEDIAAN KE ARAH PENGAKAP RAJA' 04/02/2018

Tarikh: 04/02/2018 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 12.10 tengahari
Lokasi: Dataran Anugerah, SMK KGV
Kehadiran Pemimpin: 1 orang
Kehadiran Ahli: 4 ahli Pengakap Muda & 2 ahli Pengakap Remaja

Ahli Bertugas : Haffiz Ariffin (Pengakap Bertugas), Sashvin (Bendera), Aiyub Ariff (Persetiaan) & Hafiz Faid (Doa)

Perjumpaan dimulakan tepat jam 8.00 pagi dengan istiadat menaikkan bendera diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu dan lagu Pengakap. Selepas itu bacaan Persetiaan Pengakap dan bacaan doa.

PLATFOM MEDIA SOSIAL 01 SEREMBAN TIMUR

TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM TELEGRAM