KAPAK : PENGENALAN
Kapak adalah sejenis peralatan pertukangan kayu yang digunakan sejak zaman dahulu kala lagi, dan wujud di dalam hampir setiap tamadun manusia. Kapak digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu untuk membelah kayu, memotong kayu, menebang pokok-pokok dan kayu balak.
Selain itu, kapak juga digunakan sebagai senjata perang dan senjata pertahanan diri. Kapak juga digunakan sebagai alat dalam istiadat keagamaan dan upacara adat dan dijadikan sebagai simbol lambang heraldic.
Kapak mempunyai berbagai bentuk dan kegunaan, termasuklah kegunaan khusus. Tetapi bentuk asasnya tidak banyak berbeza, iaitu kepala kapak yang dihubungkan kepada satu pemegang.
BAHAGIAN-BAHAGIAN KAPAK
Kapak mempunyai dua bahagian utama – kepala kapak dan pemegangnya. Kepala kapak ataupun mata kapak mempunyai bahagian yang tajam (mata kapak) di satu bahagian yang diletakkan pada penghujung suatu pemegang.
Pemegang Kapak biasanya dibuat menggunakan kayu keras yang tahan lama dan tahan lasak, Tetapi pada masa ini bahan plastik dan juga besi sudah mula digunakan untuk menggantikan kayu pemegang.
Pemegang kapak pada masa sekarang ini biasanya dibuatkan sedikit melengkung untuk membolehkan pengguna mendapatkan pegangan yang lebih baik dan daya yang lebih semasa mengayun kapak.
JENIS-JENIS KAPAK
KAPAK POKOK (MENEBANG)
Kapak ini khusus untuk menebang pokok dan digunakan dengan memotong urat kayu. Ada kapak pokok yang mempunyai dua mata kapak dan ada berbagai jenis pemegang yang digunakan untuk kapak jenis ini yang disesuaikan dengan jenis kayu yang ditebang.
KAPAK BAJI (MEMBELAH)
Kapak ini digunakan untuk membelah kayu, dan digunakan untuk memotong memanjang selari dengan urat kayu. Kapak ini mempunyai mata kapak yang mempunyai baji yang lebih besar untuk memudahkan kerja membelah kayu. Bentuk baji yang tebal membuatkan urat kayu terpecah dan memudahkan kerja membelah.
KAPAK TANGAN (MEMOTONG)
Digunakan untuk memotong dan merapikan dahan-dahan kecil dan ranting untuk dijadikan kayu api. Tidak sesuai digunakan untuk menebang pohon-pohon besar.
MENJAGA KAPAK
1. Mata kapak hendaklah selalu tajam.
2. Gunakan mesin pencanai atau batu pengasah untuk mengasah.
3. Jangan letak kapak di merata tempat. Letakkan di tempat yang mudah di capai dan jauh dari laluan.
4. Jangan jadikan kapak seperti alat permainan. Kapak boleh menyebabkan cedera dan terbunuh.
MENGASAH KAPAK
Menggunakan Batu Asah
Terdapat berjenis-jenis batu asah di psaran. Pastikan standard grit yang betul kerana pengeluar batu asah mempunyai standard mereka sendiri. Grit batu asah jepun tidak sama dengan grit batu asah buatan Amerika atau Eropah..
BATU ASAH KASAR (grit 120) (rough grinding) (to reestablish the shape and edge)
Untuk tumpul teruk - untuk membuang/canai serpihan/sumbing di mata kapak atau bila bilah kapak sangat tumpul.
BATU ASAH SEDERHANA KASAR (grit 220 - grit 700) (to sharpen) (membentuk mata kapak)
Untuk tumpul yang biasa (normal) - untuk menajamkan mata kapak selepas membuat kerja. Mata kapak yang tidak terlalu tumpul (ketajaman yang biasa).
BATU ASAH HALUS (grit 800 - grit 1200) (to finishing) (menajamkan mata kapak)
Mata kapak secara amnya masih lagi tajam - cuma nak menambahkan lagi ketajaman. Digunakan untuk mendapatkan balik ketajaman tanpa mengasah kapak secara berlebihan.
BATU ASAH HALUS (grit 4000 dan keatas) (to last finishing/polishing) (mengilap)
Untuk mendapatkan mata kapak yang sangat tajam - digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat dan mata kapak yang sangat tajam.
Jadi, secara prinsipnya, seseorang memerlukan 3 jenis batu asah.
1. Untuk asah kasar/canai (rough grind)
2. Untuk menajamkan (to sharpen)
3. Untuk mengilap (hone)
MENYIMPAN KAPAK
Cara yang paling selamat untuk mengelakkan kapak daripada mencederakan adalah seperti berikut:
1. Menyimpannya di poket khas yang telah disediakan. Penbalut mata ini biasanya diperbuat daripada kulit dan ia selamat.
2. Memakukkan mata kapak pada tunggul kayu atau batang kayu.
NOTA TAMBAHAN BERKENAAN KAPAK
FAKTOR KESELAMATAN
1. Mata kapak mestilah sentiasa tajam
2. Jangan pakai pakaian yang labuh sehingga menggangu keselesaan sewaktu bekerja
3. Jangan pakai scarf sewaktu bekerja
4. Pakai kasut semasa bekerja.
5. Pastikan tiada orang yang berhampiran sewaktu bekerja.
6. Sentiasa menjaga kapak supaya tidak tercabut daripada pemegangnya.
7. Sebaik sahaja selesai menggunakannya, kapak hendaklah disimpan di tempat yang selamat.
GERGAJI : PENGENALAN
Gergaji ialah sejenis alat yang digunakan untuk memotong sesuatu. Bilah gergaji biasanya bergerigi, dan bentuk gigi gergaji bergantung kepada bahan yang dipotong, contohnya kayu atau logam.
Ada banyak jenis gergaji. Antaranya merupakan peralatan tangan yang bekerja dengan kekuatan otot. Beberapa gergaji memiliki sumber tenaga lain seperti stim, air atau elektrik dan lebih kuat dari gergaji tangan.
Gergaji biasanya menimbulkan bunyi bising. Menggunakan gergaji untuk memotong bahan agak berbahaya kerana tepinya yang tajam. Bahagian suatu benda yang dipotong gergaji boleh terbang tanpa disedari dan berbahaya buat pernafasan, mata dan kulit. Gergaji dapat menghasilkan keratan yang kemas dan amat perlu semasa perkhemahan.
BAHAGIAN-BAHAGIAN GERGAJI
JENIS-JENIS GERGAJI
MEMOTONG KAYU
Jenis gergaji yang terbaik adalah gergaji potong yang memiliki mata gergaji tegak. Posisi ini disesuaikan dengan arah serat. Mata gergaji yang tegak lebih kuat untuk memotong serat dan akan terasa lebih ringan pada waktu memotong.
Letakkan benda kerja di atas meja yang stabil, lebih baik apabila bagian sisi lebar dibatasi dengan pembatas yang tidak mudah bergerak. Pada garis potong sesuai ukuran yang diinginkan letakkan ujung kuku ibu jari berbatasan langsung dengan gergaji.
Selalu gerakkan gergaji ke arah belakang untuk membuat alur gergaji. Untuk hasil terbaik sebaiknya gunakan tenaga dorongan untuk memotong serat kayu. araha ke belakang murni hanya untuk mengambil posisi semula.
i. Ia digunakan untuk menggergaji melintang urat kayu
ii. Panjangnya di antara 50-70 cm.
iii. Jarak gigi dalam seinci di antara 5-9 mata.
MEMBELAH KAYU
Secara teknik ini lebih ringan daripada memotong kayu karena proses utamanya adalah memisahkan ikatan pori-pori kayu. Mata gergaji berbentuk lebih miring dengan sudut tertentu.
Untuk kestabilan pembelahan benda kerja sebaiknya diikat dengan sebuah 'clamp' ke meja kerja atau bangku kerja. Posisi kuku ibu jari sama dengan proses pemotongan kayu.
2. GERGAJI BELAH.
i. Ia digunakan untuk menggergaji mengikut arah urat kayu (proses memotong mengikut arah urat kayu dipanggil membelah)
ii. Panjang bilah di antara 60-70 cm.
iii. Jarak gigi dalam seinci di antara 3-4 mata.
3. GERGAJI LENGKUNG HALUS
i. Ia digunakan untuk menggergaji bahagian tepi melengkung pada papan nipis.
ii. Apabila memasang bilah gergaji, gigi belah mesti menunjukkan kearah pemegang
iii. Selepas digunakan, longgarkan pemegangnya untuk melepaskan kuasa tegangan pada bilah gergaji
iv. Buat potongan panduan apabila menggergaji lengkung yang dalam
MENJAGA GERGAJI
1. Untuk menjaga ketajaman mata gergaji saat digunakan, hindari menggergaji besi, beton, atau batu (umumnya terjadi secara tidak sengaja). Untuk itu, singkirkan paku dari kayu sebelum Anda menggergajinya.
2. Untuk mencegah karat, gosok mata gergaji dengan lilin atau sapukan cairan antikarat.
3. Semasa menggunanya, pastikan matanya tidak panas. Jikalau tidak ia akan patah.
MENGASAH GERGAJI
Beberapa teknik tertentu diperlukan untuk mengasah mata gergaji menjadi gergaji yang tajam dan baik. Mengasah gergaji tidak sekadar membuat semua jajaran mata gergaji menjadi lebih runcing akan tetapi kita perlu perhatikan beberapa perkarayang akan sangat besar pengaruhnya untuk kemudahan menggunakan gergaji tangan.
1. Kelurusan bilah gergaji
Bilah gergaji harus benar-benar lurus tanpa bengkok sehingga pada waktu gerakan menggergaji garis potong yang akan dihasilkan terjaga ukurannya dan tenaga yang diperlukan untuk mendorong ataupun menarik gergaji tidak terlalu besar, terutama pada waktu garis potong sudah memiliki kedalaman tertentu. Bilah gergaji yang bengkok mengakibatkan garis potong menjadi lebih besar dan hasil gergaji tidak halus/rata.
2. Barisan Mata Gergaji
Pengasahan harus memperhatikan hasil akhir pada posisi mata gergaji. Semua ujung mata gergaji harus terletak pada satu garis lurus dengan sekecil mungkin toleransi. Begitu pula dasar sudut mata gergaji juga harus tetap berada pada satu garis lurus.
Ketidakrataan posisi barisan mata gergaji berarti tidak semua mata gergaji bekerja maksima. Hanya mata gergaji paling tinggi yang bekerja memotong kayu. Situasi ini membuat penggergajian lebih berat dan lebih lama. Juga membuat gergaji lebih cepat tumpul terutama pada mata gergaji tertinggi.
MENYIMPAN GERGAJI
1. Jangan simpan di dalam kotak perkakas, kerana akan merosak mata gergaji. Penempatan gergaji adalah digantung di dinding.
2. Mata gergaji diberi pelindung dari plastik atau bahan lain.
3. Setelah menggunakannya, ingat supaya ia telah disapu dengan minyak. Jadi tidak, ia akan berkarat.