Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Sabtu, 14 Januari 2017

ANGGARAN JARAK, LEBAR DAN JENIS-JENIS AWAN

Tarikh : 14/01/2017 (Sabtu)
Masa : 08.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMK KGV
Pengakap Bertugas : Nursyafawati
Pemimpin Bertugas : Tuan Aziz Wahab

Sekali lagi, satu perjumpaan mingguan telah diadakan pada hari ini. Istiadat menaikkan bendera telah dimulakan pada jam 08.00 pagi oleh pengakap bertugas Nursyafawati, bendera oleh Amir Sira, persetiaan oleh Hazim dan pembaca doa oleh Azib Zikry.

Selepas itu ucapan dari pemimpin bertugas Tuan Aziz Wahab. Antara lain beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli yan hadir kerana berjaya memghadirkan diri walaupun pada hari cuti umum iaitu hari keputeraan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ke 69. Daulat Tuanku.

Sabtu, 7 Januari 2017

PERJUMPAAN PERTAMA 2017!

Tarikh : 07/01/2017 (Sabtu)
Masa : 08.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMK KGV
Pengakap Bertugas : Ahmad Hazim
Pemimpin Bertugas : Tuan Aziz Wahab

Buat julung kalinya, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur (PPM01ST) Negeri Sembilan telah mengadakan perjumpaan mingguan pada hari Sabtu. Perjumpaan ini juga merupakan perjumpaan sulung PPM01ST untuk tahun 2017.

Perjumpaan dimulakan pada jam 08.30 pagi dengan Istiadat Pagi oleh Pengakap Bertugas Ahmad Hazim, petugas bendera Naqiuddin Q, pembaca persetiaan oleh Puteri Noriman dan pembaca doa oleh Mohd Azib. Pemimpin bertugas adalah Tuan Aziz Wahab.

PLATFOM MEDIA SOSIAL 01 SEREMBAN TIMUR

TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM TELEGRAM