Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

PANDUAN MEMBUAT BUKU LOG

APA ITU BUKU LOG

Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.

Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap.

Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.

Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.

Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. 

Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.

Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 – 300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama.


JUMLAH BUKU LOG

Bergantung kepada peringkat ujian lencana yang mahu diambil. Untuk kegunaan Pentarafan Pengakap Raja, setiap calon wajib memiliki buku-buku log berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan.

1. Buku Log Lencana Keahlian

2. Buku Log Lencana Usaha

3. Buku Log Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran (2)

4. Buku Log Lencana Maju

5. Buku Log Lencana Kepandaian  Kategori Pengetahuan (3)

6. Buku Log Lencana Kepandaian  Kategori Perkhidmatan (3)

7. Buku log Lencana Jaya

8. Buku log Lencana Jayadiri

9. Buku log Lencana Kegiatan

10. Buku log Lencana Kemahiran

11. Buku log Lencana Perkhidmatan

12. Buku log Lencana Ekspedisi

13. Buku Log Peribadi

Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.


BUKU LOG PERIBADI

Merupakan buku log catatan peribadi atau catatan perjalanan hidup ahli Pengakap sepanjang beliau berPengakap. Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut :

1. Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap

2. Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)

3. Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)

4. Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.


MUKASURAT-MUKASURAT PENTING

MUKASURAT PERTAMA - BUTIRAN DIRI



MUKASURAT KEDUA - REKOD KEMAJUAN LENCANA






PLATFOM MEDIA SOSIAL 01 SEREMBAN TIMUR

TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM TELEGRAM