Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

MENGHIDUPKAN API

PERSEDIAAN
1. Guna ranting- ranting atau dahan-dahan kayu kering. Beberapa batang kayu disusun selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan menghalang kelancaran pembakaran

2. Kayu yang baru dipotong atau  yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai sebagai bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup kering dan pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak. 

3. Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada ranting-ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun daun-daun kering.

4. Tindihkan kayu yang semakin besar saiznya apabila api mula menyala. Kayu ini ada baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan peredaran udara.




MENYALAKAN API
1. Gunakan andang dan nyalaan hendaklah bermula dari bahagian tengah unggun api. Api akan membakar timbunan itu secara berperingkat-peringkat. Sebaik sahaja anda selesai menghidupkan api, mancis mestilah dipadam dan batangnya dipatahkan kepada dua untuk memastikan tiada nyalaan lagi.

Bahan-bahan untuk memulakan api:
1. Daun kering
2. Ranting
3. Kayu kering yang besar
4. Rumput kering/kulit kayu yang kering dan lembut

2. Pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.




MEMADAMKAN API
1. Sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan, pastikan api dipadamkan. Jangan tinggalkan bara atau kesan pembakaran. Jirus api tersebut dengan air. 

2. Taburkan tanah atau pasir dan pijakkan sehingga mampat. Letakkan semula rumput yang telah dipindahkan dari kawasan yang digunakan, kemudian jiruslah dengan air supaya rumput itu dapat hidup semula.


PERINGATAN
1. Biasanya, apabila hujan turun, hanya bahagian luar kayu sahaja yang basah, melainkan hujan terlalu lebat dan berpanjangan. Jika bahagian luarnya basah, belahlah kayu tersebut kemudian ambillah bahagian dalamnya.

2. Rapatkan kayu yang lembap tadi berhampiran dengan nyalaan api supaya kayu tersebut kering perlahan-lahan

3. Persilangan kayu mestilah dibuat untuk membolehkan cukup oksigen membantu pembakaran. sekiranya asap yang banyak keluar, ini bererti kayu mungkin tidak cukup kering. Carilah kayu yang ringan dan kering.