PERLIS INDERA KAYANGAN
Kuning
Melambangkan D.Y.M.M. Raja.
Biru
Melambangkan rakyat.
Nota tambahan
Maksud Bendera melambangkan kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda
KEDAH DARUL AMAN
Merah
Melambangkan warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan,
Padi
Melambangkan ngeri makmur dalam hal kehidupan
Bulan Sabit
Melambangkan simbol agama Islam.
Perisai
Melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya
PULAU PINANG (PULAU MUTIARA)
Biru Muda
Melambangkan warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.
Putih
Melambangkan negeri Pulau Pinang yang aman damai.
Kuning
Melambangkan kemakmuran.
Pohon Pinang
Melambangkan pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
PERAK DARUL RIDZUAN
Putih
Melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Kuning
Melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
Hitam
Melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
Nota tambahan
Maksud Bendera melambangkan system kesultanan Negeri Perak
SELANGOR DARUL EHSAN
Kuning dan merah
Melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
Bulan Bintang
Melambangkan Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri
Putih
Melambangkan kesucian Agama Islam
MELAKA (BANDARAYA BERSEJARAH)
Merah, putih, kuning dan biru
Melambangkan Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan
Anak Bulan dan Bintang
Melambangkan Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Kuning
Melambangkan D.Y.M.M. Raja.
Merah
Melambangkan rakyat.
Hitam
Melambangkan Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
JOHOR DARUL TA'ZIM
Anak bulan dan bintang bewarna putih
Melambangkan Raja yang berdaulat.
Merah
Melambangkan hulubalang yang mempertahankan negeri.
Biru tua
Melambangkan Kerajaan Negeri.
PAHANG DARUL MAKMUR
Hitam
Melambangkan warna kebesaran Bendahara yang memerintah negeri Pahang pada suatu ketika dahulu.
Putih
Melambangkan Raja.
Nota tambahan
Warna putih di atas hitam melambangkan negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.
KELANTAN DARUL NAIM
Merah
Melambangkan kejujuran penduduk sebagai rakyat kepada Raja.
Putih
Melambangkan kebesaran dan tanda kesucian Raja negeri ini.
TERENGGANU DARUL IMAN
Putih
Melambangkan D.Y.M.M. Sultan.
Hitam
Melambangkan rakyat
Anak bulan dan bintang
Melambangkan agama Islam
Nota tambahan
Warna putih melingkungi warna hitam melambangkan Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda.
SABAH (NEGERI DI BAWAH BAYU)
Biru Zirkon
Melambangkan keamanan dan ketenteraman
Putih
Melambangkan kemurnian dan keadilan,
Merah cili
Melambangkan keberanian dan keyakinan.
Biru salji
Melambangkan perpaduan dan kemakmuran
Nilakandi
Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Gunung Kinabalu dan lima jenis warna
Melambangkan Negeri Sabah dan lima Bahagian Pentadbiran Negeri ini.
SARAWAK (BUMI KENYALANG)
Merah
Melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Kuning
Melambangkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Hitam
Melambangkan kekayaan sumber asli seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan
Melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
Wilayah Persekutuan
Kuning
Melambangkan kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
Biru
Melambangkan perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran
Merah
Melambangkan semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
Jata Negara
Melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
Tiga bintang di bawah Jata Negara membawa maksud tiga Wilayah Persekutuan terpenting iaitu; Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaungn dan mendokong Wilayah Persekutuan.