Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Khamis, 5 Oktober 2017

PERLANTIKAN AHLI JAWATAN KUASA 2017/2018 (SEMENTARA)

Tarikh : 05/10/2017 (Khamis)
Masa : 03.00 petang hingga 5.00 petang
Lokasi : Kelas 3 Muzzafar
Kehadiran Pemimpin : Tuan Shafizan Shahriman & Tuan Aziz Wahab
Kehadiran Ahli : Semua ahli tingkatan 4

Satu perjumpaan telah diadakan bagi memilih Ahli JawatanKuasa baru Pengakap 01 SMK King George V Seremban untuk sesi 2017/2018.

Perjumpaan telah dimulakan dengan kata-kata aluan ringkas dari Tuan Shafizan Shahriman yang mengalu-alukan kehadiran semua. Beliau juga menyentuh mengenai sikap kerjasama dan disiplin yang perlu ada dalam menjayakan sebarang aktiviti berkaitan Pengakap. Selepas itu beliau terpaksa mengundurkan diri kerana ada tugasan di tempat lain.



Mesyuarat diteruskan oleh Tuan Aziz Wahab dengan perlantikan AJK baru. Hasil dari undian majoriti, berikut adalah senarai AJK yang akan menerajui Pengakap 01 sesi 2017/2018.

Ketua Trup (TL)
Padat

Penolong Ketua Trup 1 (ATL 1)
Gegat

Penolong Ketua Trup 2 (ATL 2)
Chubby

Setiausaha
Sophea

Penolong Setiausaha
(Dikosongkan)

Bendahari
Amier Rais

Penolong Bendahari
(Dikosongkan)

QM Alatan 1
Bangau

QM Alatan 2
(Dikosongkan)

QM Makanan 1
Zahin

QM Makanan 2
(Dikosongkan)

Mesyuarat juga telah bersetuju membentuk enam buah patrol Pengakap Remaja seperti berikut:

Hang Tuah
Ketua Patrol : Afiq
Penolong Ketua Patrol : (Dikosongkan)

Hang Jebat
Ketua Patrol : Adib
Penolong Ketua Patrol : (Dikosongkan)

Maharaja Lela
Ketua Patrol :
Penolong Ketua Patrol : (Dikosongkan)

Megat Terawis
Ketua Patrol :
Penolong Ketua Patrol : (Dikosongkan)

Tun Perak
Ketua Patrol :
Penolong Ketua Patrol : (Dikosongkan)

Tun Fatimah
Ketua Patrol :
Penolong Ketua Patrol : (Dikosongkan)

Pembacaan ikrar jawatan telah diketuai oleh TL 2017/2018 iaitu Padat seperti berikut:

"Mulai saat ini, saya (nama) telah dilantik memegang jawatan sebagai (nama jawatan) bagi Kumpulan 01 Daerah Seremban Timur, Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Seremban Negeri Sembilan untuk sesi 2017/2018.

Dengan itu, segala KEMAJUAN dan KEMUNDURAN Pengakap 01 adalah di atas TANGGUNGJAWAB saya.

Saya akan meneruskan perjuangan ini secara BAIK, ADIL, AMANAH, KERJASAMA DAN SEFAHAMAN seperti adik beradik"

Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan mengenai 'Majlis Apresiasi Pengakap 01 2017'. Antara yang diperbincangkan adalah penetapan tarikh, penentuan lokasi, pembahagian tugas dan lain-lain perkara berkaitan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.