Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Ahad, 4 Februari 2018

LAPORAN PERJUMPAAN 'PERSEDIAAN KE ARAH PENGAKAP RAJA' 04/02/2018

Tarikh: 04/02/2018 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 12.10 tengahari
Lokasi: Dataran Anugerah, SMK KGV
Kehadiran Pemimpin: 1 orang
Kehadiran Ahli: 4 ahli Pengakap Muda & 2 ahli Pengakap Remaja

Ahli Bertugas : Haffiz Ariffin (Pengakap Bertugas), Sashvin (Bendera), Aiyub Ariff (Persetiaan) & Hafiz Faid (Doa)

Perjumpaan dimulakan tepat jam 8.00 pagi dengan istiadat menaikkan bendera diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu dan lagu Pengakap. Selepas itu bacaan Persetiaan Pengakap dan bacaan doa.



Pemimpin bertugas, Tuan Aziz Wahab mengalu-alukan kehadiran semua ahli dan mengharapkan mereka dapat meneruskan aktiviti hari ini hingga tamat.

Selepas itu, kawad telah dijalankan pada jam 8.30 pagi dengan mengulang semula pergerakan pada perjumpaan sebelumnya iaitu belok ke kiri, kanan dan belakang semasa berjalan.

Setelah berpuas hati, pergerakan kawad baru telah diajar iaitu tukar langkah, buka barisan dan pusing ke kanan, kiri serta belakang semasa berjalan. Walaupun agak sukar untuk diikuti, hasil dari kesungguhan dan kosentrasi ahli akhirnya berjaya juga mereka menguasainya.


Rehat telah diberikan pada jam 9.30 pagi hingga jam 10.0 pagi. Selepas itu, semua ahli telah masuk ke dalam kelas dan diterangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dari awal tadi.

Selepas itu, setiap ahli telah diminta berkongsi apakah matlamat mereka untuk tahun 2018 ini. Ahli-ahli juga telah diminta untuk mematuhi skim lencana unit masing-masing dan membuat buku log bagi memastikan mereka boleh dicalonkan untuk anugerah-anugerah yang terdapat di dalam Pengakap.

Pada jam 10.30 pagi, semua ahli telah berkumpul di Dataran Anugerah untuk mempelajari asas kawad tongkat. Walaupun kawad tongkat hanya wajib kepada unit Pengakap Remaja sahaja, persediaan awal dan berterusan turut memberi impak kepada tahap kesiap-siagaan ahli bagi menghadapi ujian-ujian yang bakal ditempuhi.


Ahli yang hadir juga telah diajar dengan sebuah lagu "Georgian Scout" seperti berikut:

Gunakanlah barangan tempatan
Barang baik harga murah berpatutan
Kami Pengakap K G V Seremban
Kami Datang Kami Lihat Kami Tawan
Takkan undur walau selangkah
Mujur lalu melintang patah kami langgar


Ternyata ahli yang hadir kelihatan teruja apabila boleh menyanyikan lagu tersebut dalam pelbagai gaya.

Tepat jam 12.00 tengahari, Istiadat Menurunkan Bendera telah dijalankan dan kesemua ahli bersurai pada jam 12.10 tengahari.