Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Selasa, 27 Februari 2018

LAPORAN UJIAN LENCANA KEAHLIAN SIRI 1 TAHUN 2018

Tarikh: 25/02/2018 (Ahad)
Masa: 2.00 - 6.00 petang
Lokasi: Dataran Anugerah, SMK KGV
Kehadiran Pemimpin: 3 orang
Kehadiran Ahli: 21 ahli Pengakap Muda, 4 ahli Pengakap Remaja & 5 Pengakap Raja SMK KGV 2017

Ahli Bertugas : Haffiz Ariffin (Pengakap Bertugas), Amir Sira (Bendera), Afiq Jamaluddin (Persetiaan) & Izza Nur Alisha (Doa)

Program bermula dengan Istiadat Menaikkan Bendera tepat jam 2.00 petang.  Selepas itu, dalam ucapan dari Pemimpin Bertugas iaitu Tuan Aziz Wahab, beliau mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli yang sanggup mengorbankan masa rehat mereka untuk datang mengambil ujian pada petang ini.


Selepas itu beliau menerangkan perjalanan ujian pada hari ini. Beliau juga turut memperkenalkan barisan urusetia yang akan menguruskan program pada hari ini dan juga barisan penguji yng terdiri dari bekas ahli Pengakap SMK KGV yang telah mencapai anugerah tertinggi di dalam Pengakap iaitu sebagai seorang Pengakap Raja.


Selepas selesai Istiadat Menaikkan Bendera, ahli-ahli telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap seorang telah dibekalkan dengan sekeping Kad Ujian yang akan diberi pemarkahan berdasarkan kepada buku log dan temuduga lisan.


Setiap stesen diberi masa selama 25 minit untuk menamatkan ujian mengikut topik-topik yang telah ditetapkan. Rehat telah diberikan pada jam 4.30 petang kepada semua ahli. Pada waktu ini juga, para penguji dan urusetia berkumpul bagi sesi pengiraan markah dan 'post-mortem'.


Tepat jam 5.00 petang semua yang hadir telah dipecahkan kepada 2 kumpulan untuk dijalankan Istiadat Meningkat Naik bagi mereka yang pernah menjadi ahli Pengakap Kanak-Kanak semasa di sekolah rendah dahulu dan Istiadat Melantik bagi mereka yang baru pertama kali menyertai Pengakap.


Tuan Aziz Wahab mewakili Unit Pengakap Kanak-Kanak telah menjalankan Istiadat Laung Agung buat kali terakhir kepada 9 orang ahli. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli yang akan meningkat naik.


Beliau juga mengharapkan kesemua mereka dapat meneruskan keaktifan berPengakap mereka di SMK KGV. Selesai ucapan, beliau telah bersalaman dengan kesemua 9 orang ahli tersebut sebelum mengarahkan mereka berbaris dan bersedia untuk diserahkan kepada Pemimpin Unit Pengakap Muda.


Bakal menerima 9 ahli ini adalah Tuan Azlie Aziz. Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua dan memaklumkan bahawa aktiviti sebagai ahli Pengakap Muda lebih mencabar dan berharap mereka menyukainya. Selepas itu beliau mengarahkan TL Haffiz Ariffin dan ATL2 Amir Sira memperkenalkan mereka semua kepada ahli kumpulan yang lain.


Selepas itu, seramai 12 orang ahli baru telah melalui Istiadat Melantik yang disempurnakan oleh Tuan Shafizan Shahriman. Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua mereka dan mengharapkan mereka akan mengikuti semua aktiviti yang bakal dijalankan secara bersunguh-sungguh dan penuh bersemangat.


Selepas itu mereka telah dipakaikan dengan skaf Pengakap dan dibacakan Persetian Pengakap dan bergabung dengan semua yang hadir membentuk ladam kuda untuk melakukan Istiadat Menurunkan Bendera.


Dalam ucapan Pemimpin Bertugas Tuan Aziz Wahab, beliau mengucapkan syabas kepada semua ahli yang baru menjalankan Istiadat Meningkat Naik dan Istiadat Melantik. Beliau mahukan ahli-ahli yang hadir memahami tujuan istiadat di dalam Pengakap di adakan dapat meneruskan kesinambungan ini pada ketika yang sesuai di masa hadapan.


Beliau juga berharap agar ahli-ahli baru dapat mengikut jejak langkah abang-abang dan kakak-kakak mereka yang telah mempamerkan minat dan kesungguhan mereka semasa bersekolah di SMK KGV sehingga berjaya menjadi Pengakap Raja.


Tidak ketinggalan juga beliau mengucapkan tahniah kepada pihak urusetia yang telah berjaya menjalankan program pada hari ini dengan jayanya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada bekas ahli Pengakap SMK KGV yang juga penerima anugerah Pengakap Raja kerana sudi membantu menjalakan ujian kepada ahli-ahli baru.


Perjumpaan diakhiri dengan penyerahan bendera Pengakap kepada Tuan Shafizan Shahriman oleh Pengakap Bertugas pada jam 6.00 petang.


PLATFOM MEDIA SOSIAL 01 SEREMBAN TIMUR

TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM TELEGRAM