Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Isnin, 12 Mac 2018

LAPORAN PERJUMPAAN PERSEDIAAN KE ARAH RAMBU PENGAKAP MUDA 11/03/2018

Tarikh: 11/03/2018 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi: Dataran Anugerah, SMK KGV
Kehadiran Pemimpin: 1 orang
Kehadiran Ahli: 1 ahli Pengakap Muda

Perjumpaan bermula tepat jam 8.00 pagi. Memandangkan kehadiran agak berkurangan, kesempatan diambil sepenuhnya untuk mengfokus kepada pemahaman ahli kepada aktiviti yang dijalankan sepanjang hari bermula dengan Istiadat Menaikkan Bendera.

Ahli yang hadir berpeluang untuk merasai kesemua tugasan yang diberikan iaitu sebagai Pengakap Bertugas, Pengibar Bendera dan mengetuai pembacaan Persetiaan Pengakap.

Selepas itu, pemimpin bertugas mengucapkan syabas dan terima kasih atas kesudian hadir pada pagi ini. Sesungguhnya, dalam "Pengakap Tiada Paksaan. Pamerkan Minat Dan Kesungguhan Pasti Berjaya!"

Selepas itu, latihan kawad telah dijalankan. Antara disiplin kawad yang telah diajar adalah:

1. Kawad statik
2. Buka & tutup barisan statik
3. Buka & tutup barisan semasa berjalan
4. Hormat ke hadapan
5. Selaku terima hadiah
6. Pusing kanan, kiri & belakang semasa berjalan

Ternyata ahli yang hadir teruja kerana ada diantara disiplin kawad yang diajar tidak pernah dipelajari sebelum ini. Selepas itu rehat telah diberikan.

Tepat jam 10.00 pagi, sesi teori telah diberikan.  Antara topik yang disentuh adalah mengenai Skim Pengakap Muda yang perlu difahami. Turut dikongsi adalah syarat-syarat pencalonan untuk Anugerah Rambu Pengakap Muda.

Turut dikongsikan cara pembikinan buku log terkini yang nyata lebih mudah tanpa meminggirkan kualiti dan nilai seorang ahli Pengakap. Turut diterangkan cara-cara terbaik untuk mendapatkan lencana-lencana kegemaran, pengetahuan & perkhidmatan.

Selepas itu ahli turut berpeluang berkongsi pengalaman menyertai kegiatan luar seperti mendaki gunung yang antara lain banyak berhubung rapat dengan kegiatan dan skil dalam berPengakap.

Perjumpaan tamat pada jam 12.00 tengahari setelah Istiadat Menurunkan Bendera  selesai dijalankan.