Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Sabtu, 14 Januari 2017

ANGGARAN JARAK, LEBAR DAN JENIS-JENIS AWAN

Tarikh : 14/01/2017 (Sabtu)
Masa : 08.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMK KGV
Pengakap Bertugas : Nursyafawati
Pemimpin Bertugas : Tuan Aziz Wahab

Sekali lagi, satu perjumpaan mingguan telah diadakan pada hari ini. Istiadat menaikkan bendera telah dimulakan pada jam 08.00 pagi oleh pengakap bertugas Nursyafawati, bendera oleh Amir Sira, persetiaan oleh Hazim dan pembaca doa oleh Azib Zikry.

Selepas itu ucapan dari pemimpin bertugas Tuan Aziz Wahab. Antara lain beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli yan hadir kerana berjaya memghadirkan diri walaupun pada hari cuti umum iaitu hari keputeraan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ke 69. Daulat Tuanku.


Selain itu turut ditekankan mengenai pemakaian seragam pengakap yang betul, aktiviti kem ekspedisi dan ujian pra-pentarafan dan pentarafan pada bulan februari 2017.


Selepas itu pada jam 8.30 pagi latihan kawad dimulakan dengan ulangan kepada kawad yang telah diajar pada minggu lepas iaitu pusing semasa berjalan (belakang, kiri dan kanan) disamping belok (kiri dan kanan), tukar langkah, hormat kehadapan dan selaku terima hadiah. Rehat telah diberikan pada jam 09.30 pagi.

Ahli berkumpul semula di kelas 3 iskandar pada jam 09.45 pagi dimana penerangan mengenai kem ekspedisi oleh bekas ahli pengakap PPM01ST yang juga seorang Pengakap Raja 2015 iaitu Rauf Sepai.


Antara lain beliau menerangkan sikap yang perlu ada bagi seorang calon Pengakap Raja disepanjang kem ekspedisi dijalankan seperti bertimbang-rasa, tidak mementingkan diri sendiri, sentiasa bekerjasama dan saling bantu-membantu diantara satu sama lain.

Pada jam 10.30 pagi, penerangan mengenai anggaran jarak dan tinggi telah diadakan secara mendalam. Ahli juga diterangkan cara untuk menentukan jenis awan, bentuk, keadaan cuaca semasa awan tersebut serta jangkaan cuaca berikutnya.

Pada jam 11.00 pagi, ahli berkumpul di depan pentas anugerah untuk melakukan praktikal mengenai anggaran tinggi, lebar dan mengenali awan. Ahli-ahli jelas teruja dengan aktiviti yang dijalankan.


Pada jam 11.50 pagi, istiadat menurunkan bendera telah dijalan oleh petugas bendera Ahmad Hazim dan Amir Sira yang telah menyerahkan kepada pengakap bertugas nursyawati yang seterusnya menyerahkan kepada pemimpin bertugas Tuan Aziz Wahab.

Perjumpaan bersurai tepat jam 12.00 tengahari.