Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Rabu, 1 Februari 2017

ISTIADAT MENINGKAT NAIK DAN PEMBAHAGIAN PATROL

Tarikh : 01/02/2017 (Rabu)
Masa : 03.00 petang hingga 4.30 petang
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMK KGV
Pengakap Bertugas : Semua ketua patrol
Pemimpin Bertugas : Tuan Shafizan Shahriman

Perjumpaan mingguan kali ini bermula pada jam 3.00 petang dengan semua ahli yang hadir seramai 120 orang merangkumi ahli dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 berbaris mengikut tingkatan di hadapan pentas anugerah dan diberi penerangan yang ringkas dan padat mengenai Pengakap SMK King George V oleh Ketua Pemimpin Pengakap 01 Seremban Timur, Tuan Shafizan Shahriman.

Beliau menyentuh mengenai pakaian seragam, buku log, sistem berpatrol, aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum serta pencapaian-pencapaian di dalam pertandingan peringkat daerah, negeri dan antarabangsa termasuklah kejayaan melahirkan 3 orang Pengakap Raja pada tahun 2016.

Selepas itu beliau mengarahkan ahli tingkatan 1 yang pernah menyertai Pengakap semasa bersekolah rendah sebagai Pengakap Kanak-Kanak membuat barisan dihadapan beliau untuk melaksanakan Istiadat Meningkat Naik.

Tuan Shafizan menerangkan secara ringkas tujuan Istiadat Meningkat Naik ini diadakan adalah untuk meraikan kedatangan mereka ke unit Pengakap Muda serta sebagai ucapan terima kasih atas usaha para pemimpin unit Pengakap Kanak-Kanak melatih semasa mereka di sekolah rendah.

Juga mengenai cabaran-cabaran baru yang bakal mereka lalui sebagai seorang ahli Pengakap Muda. Istiadat yang sama juga turut diadakan kepada ahli tingkatan 4 yang berpindah naik dari unit Pengakap Muda ke unit Pengakap Remaja.

Selepas selesai Istiadat Meningkat Naik diadakan, beliau mengarahkan semua ahli membentuk 6 buah patrol bagi setiap unit Pengakap Muda dan Pengakap Remaja serta memilih ketua patrol, penolong ketua patrol dan penjaga alatan (quartermaster). 

Seramai 72 ahli Pengakap Muda dan 48 ahli Pengakap Remaja telah berjaya membentuk 6 buah patrol bagi unit-unit Pengakap Muda & Pengakap Remaja dengan jumlah ahli setiap patrol seramai 12 orang dan 8 orang.

Selepas pembahagian patrol selesai dijalankan, semua ahli membuat ladam kuda mengikut patrol masing-masing. Tuan Shafizan menerangan mengenai istiadat-istiadat Pengkap yang wajib dijalankan disetiap perjumpaan.

Sebelum bersurai, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan berharap agar semua ahli bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu kePengakapan serta boleh bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Perjumpaan bersurai pada jam 5.00 petang.