Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Rabu, 15 Februari 2017

PERJUMPAAN MINGGUAN RABU

Tarikh : 15/02/2017 (Rabu)
Masa : 03.00 petang hingga 4.30 petang
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMK KGV & Dewan Tuanku Muhriz
Pengakap Bertugas : Calon Pengakap Raja & Calon Anugerah Rambu Pengakap Muda
Pemimpin Bertugas : Tuan Shafizan Shahriman

Hari ini Pengakap SMK KGV telah ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti ko-kurikulum untuk semua unit berunifom.

Majlis bermula tepat jam 3.00 petang dengan ucapan pembukaan dari pengacara majlis Azib Zikry. Selepas itu nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan bacaan doa oleh Haffiz Ariffin. Selepas itu beliau menjemput Tuan Shafizan Shahriman untuk menyanpaikan sepatah dua kata serta menerangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan.

Selepas itu, semua unit berunifom diarahkan masuk ke dalam Dewan Tuanku Muhriz untuk aktiviti ikatan dan simpulan. Taklimat dan demonstrasi telah disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri Unit Komunikasi, Tuan Khairul Nizam Jamaluddin dan turut dibantu oleh semua calon Pengakap Raja dan juga calon Anugerah Rambu Pengakap Muda.


Antara simpulan dan ikatan yang ditunjukkan ialah ikatan buku sila, bunga geti, simpul manuk dan tindih kasih. Disamping demonstrasi dan penerangan mengenai ikatan dan simpulan, pertandingan antara unit berunifom turut diadakan dengan menjemput 3 orang wakil setiap unit berunifom untuk berkumpul di hadapan dan melakukan ikatan yang diarahkan. Unit berunifom yang paling awal siap dengan betul semua jenis ikatan yang diarahkan dianggap sebagai pemenang.

Aktiviti berakhir lebih kurang jam 4.30 petang. Pengakap SMK KGV mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Penolong Pesuruhjaya Negeri Unit Komunikasi, Tuan Khairul Nizam Jamaluddin hadir memeriahkan aktiviti ko-kurikulum SMK KGV pada hari ini. Diharap di masa-masa akan datang, akan lebih ramai lagi penolong-penolong pesuruhjaya negeri dapat hadir dalam melancarkan perjalanan aktiviti Pengakap SMK KGV.

PLATFOM MEDIA SOSIAL 01 SEREMBAN TIMUR

TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM TELEGRAM