Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia

Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang
SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA
Memaparkan catatan dengan label KHAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KHAS. Papar semua catatan
Sabtu, 21 April 2018
Khamis, 1 Mac 2018
SELAMAT HARI ULANTAHUN TENTERA DARAT KE 85
Sejarah moden Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 41938.
Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun.
Khamis, 22 Februari 2018
SELAMAT HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA!
22 Februari 1857 - 8 Januari 1941
Bahawa Dengan Sesungguhnya ... Saya Berjanji Dan Bersetia ...
Yang Saya ... Dengan Seberapa Daya Upaya Saya ... Akan ...
Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara,
Menolong Orang Pada Setiap Masa,
Menurut Undang-Undang Pengakap.
Bermula dengan usaha mengumpulkan budak-budak terbiar dan melepak, kemudiannya mengadakan perkhemahan pertama di Pulau Brownsea pada tahun 1907, telah berjaya menarik minat kanak-kanak dan remaja untuk mendewasakan diri dan berdikari.
Tahun perkhemahan pertama itulah bermulaya Sejarah Pengakap Dunia yang dipelopori oleh Lord Baden Powell of Gilwell (1857-1941) atau lebih mudah disebut sebagai BP.
Walaupun BP sudah meninggal pada tahun 1941, tetapi jasanya mendisiplinkan kanak-kanak dan remaja melalui ilmu kePengakapan tetap dikenang. Tarikh lahirnya pada 22 Februari telah dijadikan Hari Pengasas Pengakap di seluruh dunia.
Selamat Menyambut Hari Pengasas Pengakap Sedunia kepada seluruh Warga Pengakap Malaysia!
Dari
PPM 01 Seremban Timur
SMK King George V Seremban
Rabu, 1 Mac 2017
SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE 84
Sejarah moden Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 41938.
Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun.
Selasa, 21 Februari 2017
SELAMAT HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA!
Isnin, 20 Februari 2017
TUAN SHAFIZAN SHAHRIMAN DIKURNIA PINGAT JASA KEBAKTIAN
PPM 01 Seremban Timur ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua Pemimpin Pengakap SMK King George V Seremban, Tuan Shafizan Shahriman di atas pengurniaan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan pada 14hb. Februari 2017 yang lalu.
Langgan:
Catatan (Atom)