Persekutuan Pengakap Malaysia 01 Seremban Timur Negeri Sembilan ||| Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan Malaysia
DALAM PEMBINAAN
Computer man
Datang mu x diundang ... Jika ragu silalah pulang

SEGALA KIRIMAN ADALAH UNTUK AHLI #PENGAKAP01 KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA

Rabu, 15 Februari 2017

PERJUMPAAN MINGGUAN RABU

Tarikh : 15/02/2017 (Rabu)
Masa : 03.00 petang hingga 4.30 petang
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMK KGV & Dewan Tuanku Muhriz
Pengakap Bertugas : Calon Pengakap Raja & Calon Anugerah Rambu Pengakap Muda
Pemimpin Bertugas : Tuan Shafizan Shahriman

Hari ini Pengakap SMK KGV telah ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti ko-kurikulum untuk semua unit berunifom.

Majlis bermula tepat jam 3.00 petang dengan ucapan pembukaan dari pengacara majlis Azib Zikry. Selepas itu nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan bacaan doa oleh Haffiz Ariffin. Selepas itu beliau menjemput Tuan Shafizan Shahriman untuk menyanpaikan sepatah dua kata serta menerangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan.

Selepas itu, semua unit berunifom diarahkan masuk ke dalam Dewan Tuanku Muhriz untuk aktiviti ikatan dan simpulan. Taklimat dan demonstrasi telah disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri Unit Komunikasi, Tuan Khairul Nizam Jamaluddin dan turut dibantu oleh semua calon Pengakap Raja dan juga calon Anugerah Rambu Pengakap Muda.

Rabu, 1 Februari 2017

ISTIADAT MENINGKAT NAIK DAN PEMBAHAGIAN PATROL

Tarikh : 01/02/2017 (Rabu)
Masa : 03.00 petang hingga 4.30 petang
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMK KGV
Pengakap Bertugas : Semua ketua patrol
Pemimpin Bertugas : Tuan Shafizan Shahriman

Perjumpaan mingguan kali ini bermula pada jam 3.00 petang dengan semua ahli yang hadir seramai 120 orang merangkumi ahli dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 berbaris mengikut tingkatan di hadapan pentas anugerah dan diberi penerangan yang ringkas dan padat mengenai Pengakap SMK King George V oleh Ketua Pemimpin Pengakap 01 Seremban Timur, Tuan Shafizan Shahriman.

Beliau menyentuh mengenai pakaian seragam, buku log, sistem berpatrol, aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum serta pencapaian-pencapaian di dalam pertandingan peringkat daerah, negeri dan antarabangsa termasuklah kejayaan melahirkan 3 orang Pengakap Raja pada tahun 2016.

Selepas itu beliau mengarahkan ahli tingkatan 1 yang pernah menyertai Pengakap semasa bersekolah rendah sebagai Pengakap Kanak-Kanak membuat barisan dihadapan beliau untuk melaksanakan Istiadat Meningkat Naik.